PAS nafi Utusan: Kami tak baling telur



PAS Jelebu, Negeri Sembilan menafikan laporan Utusan Malaysiayang mendakwa pihaknya melontarkan telur ke arah penceramah BN di Felcra Ayer Hitam Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Jelebu, Nor Hanif Selamat sebaliknya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, mereka sebenarnya menjadi mangsa balingan mercun, botol, batu dan telur.

Malah, katanya, ia juga mengakibatkan tiga orang yang hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berdekatan tempat itu anjuran kawasannya cedera terkena botol yang dibaling oleh penyokong BN.

"Kita tidak membalas balingan yang dibuat. Suasana tegang semasa YDP Jelebu berucap. Selepas itu pihak polis minta tangguh ceramah.

"Mereka (BN) baling mercun, botol, batu dan telur. Telur yang dibaling ada dua jenis. Yang biasa dan telur tembelang. Cuma ada yang mereka baling tak sampai sebab jarak mereka dengan kawasan ceramah 50 meter," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS nafi Utusan: Kami tak baling telur"

Post a Comment

Close