Polis ambil keterangan editor Merdeka Review - Malaysiakini

Editor portal berita Merdeka Review versi Bahasa Melayu, Lim Hong Siang memberi keterangan di ibupejabat polis (IPD) Dang Wangi berhubung siasatan dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadap setiausaha agung MCA Chai Kim Seng yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan yang berbaur hasutan pada 1 Julai lalu.

Lim yang ditemani peguam Ngeow Chow Ying memasuki bangunan bersebelahan dengan IPD Dang Wangi kira-kira jam 11.20 pagi.

Pada 8 Julai lalu, Timbalan Presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar dilapor mendakwa Chai

mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, malah menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan di kalangan ahli

pertubuhan itu dan orang Melayu yang menyokong PERKASA.

Kenyataan Chai bertarikh 1 Julai itu menyatakan bahawa "Pemuda MCA akan menyerang balas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan maruah MCA".

Lim memberi keterangan kepada pegawai penyiasat kanan jenayah IPD Dang Wangi Suhaimi Muhamad.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, peguam Ngeow menjelaskan anak guamnya hadir sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Chai itu.

Manakala Lim pula berkata dalam keterangannya dalam tempoh lebih satu jam itu adalah tertumpu kepada

menjelaskan kewujudan dua versi kenyataan Chai pada emel dan lampiran yang disertakan serta perkataan "celaka".

"Lampiran pada emel daripada pihak (Pemuda) MCA ada perkataan "memang celaka betul", tetapi dalam emel (itu

sendiri) tidak ada," katanya.

Menurut Lim, kenyataan pada emel itu berbunyi "kalau tak diambil tindakan terhadap pertubuhan ini, maka

merbahaya untuk keselamatan negara".

Kata Lim, beliau membuat penterjemahan berdasarkan kepada lampiran pada emel tersebut.

"Saya tidak perasan. Pada kebiasaannya, kenyataan akhbar pada emel dan lampiran adalah sama. Saya tidak perasan.

Kebetulan saya pilih yang lampiran," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis ambil keterangan editor Merdeka Review - Malaysiakini"

Post a Comment

Close