Universiti Sains Malaysia (USM) menjelaskan tindakannya menyekat laman perkongsian video popular YouTube di kampusnya bukanlah kerana berlaku salah guna bagi tujuan pornografi, sebaliknya ekoran kesesakan dalam talian. Timbalan pendaftar USM Mohamad Abdullah berkata secara umumnya penyalahgunaan internet bagi tujuan melayari laman lucah tidak lagi berlaku di universiti kerana mahasiswa kini semakin matang. "Dulu benar orang gila (laman lucah). Tetapi sekarang orang sudah tidak peduli. "Lagi pun di Pulau Pinang ini, VCD (lucah) berlambak. Buat apa dia hendak tengok di internet," katanya ketika ditanya kewajaran tindakan USM menyekat beberapa laman tertentu. Beliau antaranya menamakan tempat terbabit, iaitu, China, Burma dan USM. Ketika dihubungi Malaysiakinihari ini, Mohamad menjelaskan USM tidak berniat langsung mengharamkan atau menyekat mana-mana laman. "Cuma kadang-kadang mereka gunakan YouTube untuk download (muat turun video)," katanya sambil menegaskan penggunaan internet terlalu besar di kampus terbabit. "Kita terpaksa sekat supaya urusan rasmi (menggunakan internet) tidak terganggu." | |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Haram Youtube: Bukan kerana lucah, tapi sesak - Malaysiakini"
Post a Comment