Cenangau: Gobala mungkin lompat dalam tempoh 'notis 1 bulan'?

Pada aku notis yang Pengarah Pilihanyara PKR bagi tu takdak makna langsung. Maksud aku, kalau ada jugak wakil rakyat atau pemimpin PKR lompat keluar parti lepas tempoh 1 bulan tu, apa nak kena kat depa. Masalahnya, apa yang PKR boleh buat kalau depa nak keluar bila pun.

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini, pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diberi nasihat — sesiapa yang masih berhasrat mahu meninggalkan parti itu agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.

PKR memberikan ‘nasihat mesra’ ini bagi membolehkan parti itu menjalankan proses penjenamaan semula, dijangka dilaksanakan selepas kongres nasional hujung bulan ini.

Proses penjenamaan semula ini dilihat menjurus kepada usaha memperkukuhkan parti dan menepis sikap negatif ekoran serangan bertubi-tubi sejak kebelakangan ini.

Kongres Nasional PKR akan diadakan di Kota Baru mulai 27 hingga 30 Mei.

Nasihat ini diberikan oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Fuziah Salleh yang mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri. - MalaysianInsider
Memang pun takdak apa yang depa boleh buat. Sehari dua ni heboh pulak kemungkinan MP Padang Serai akan lompat pulak. Alasan depa, bila mahkamah dah jatuhkan hukuman denda RM3,000 kemungkinan dia akan terlucut jawatan sebagai wakilrakyat sangat tinggi kecuali mahkamah rayuan membatalkan hkuman tu ataupun mengurangkan dengan kepada bawah RM2,000.

Sapa boleh bagi jamin yang rayuan dia dimahkamah akan menang. Aku rasa majoriti di dua-dua pihak, BN dan PR yakin Mahkamah Rayuan takkan sebelahi dia.


Kalau kekal hukuman tu, Gobala bukan saja terlucut jawatan sebagai wakil rakyat tapi dia jugak tak boleh jadi calon pilihanraya selama 5 tahun. Sanggupkah Gobala hadapi keadaan tu.

Jadinya ramai yang yakin, Umno BN akan masuk jarum, pujuk dia lompat keluar dengan jaminan hukuman tu mahkamah rayuan dibatalkan.

Tambahan pulak, untuk wakil rakyat lain yang takdak kes macam Gobala, Umno BN kena bagi ganjaran yang cukup besar tapi untuk kes Gobala ni, Umno BN mungkin tak perlu keluarkan walau sesen pun.

Lagi satu, aku ada dengar orang kata, Gobala dah pernah berbunyi kurang pusa hati dengan Kerajaan kedah, katanya dia kata Kerajaan kedah kurang pedulikan kawasan Padang Serai.

Apa pun, aku harap Gobala akan tetap bersama dengan Rakyat walaupun terpaksa berkorban.


Nota kaki makan cekam: Lagi berudu bakal jadi katak...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cenangau: Gobala mungkin lompat dalam tempoh 'notis 1 bulan'?"

Post a Comment

Close