Ali Zaidan: Jijik Sangatkah Negara Islam?

Biasanya aku tak buka blog Wan Ji. Malas. Menyonsangkan ilmu yang aku dah ada. Tapi hari ini aku terbuka juga. Puncanya sebab blog Us Nasaruddin linkkan blog mamat ini di blognya. Klik jugaklah.

Terbaca artikel terbarunya
tentang reformasi kedua. Artikel itu bagus. Ilmiah. Ya ilmiah.

Tapi sekali pandanglah..

Memang tak ada masalah memuji strategi Us Fadhil Noor. Tak ada masalah memuji bijaksana Almarhum. Memang bijaksana, memang cerdik, memang pandai. Kalau tak pandai, takkan orang pilih jadi Presiden sampai ke akhir hayat?

Tapi yang jadi masalah bila ianya dibanding2kan dengan jasad yang masih hidup. Maka tak lain motifnya bukan nak memuji Us Fadhil sangat, tapi macam nak jadikan batang tubuh Us fadhil sebagai perisai untuk tikam ulamak lain. Walaupun tak jelas kepada siapa, tapi bila dokumen negara Islam dihentam sebagai punca kekalahan 2004 (
binatang apalah yang suka sangat gali tulang lama ni?!), maka aku agak ia dituju kepada Tuan Guru Harun Din (Ketua Penerangan ketika itu) dan TG Haji Hadi (Tukang rasmi dokumen).

Samalah macam satu mangkuk hayun yang
puji Nabi Isa tapi kutuk Nabi Muhammad! Taktik lapok maa

Wahai budak yang masih naif, ketahuilah olehmu Wan Ji, dokumen negara Islam itu ialah hasil dokongan Majlis Syura Ulamak yang diketuai oleh ikonmu sendiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Malah disebutkan secara jelas oleh Almarhum Us fadhil Noor bahawa PAS berjuang ke arah merealisasikan Daulah Islamiyyah yang menuruti konsep Baldatun Thoiyyibatun Wa rabbun Ghafur.

Jesteru itu mengatakan dokumen Negara islam sebagai punca kekalahan teruk 2004 ialah menghina TGNA dan Us Fadhil sendiri. Cabut je lah gambar TGNA kat blog engkau tu! Kang kalau aku kata munafik kau marah.

Kemudian kau kena lihat punca dokumen Negara islam itu dan sasaran dokumen itu sendiri. Ia dibuat dalam keadaan UMNO mengakui Malaysia Negara Islam dengan pendapat beberapa ulamak. Contoh pendapat yg UMNO ambil ialah pendapat Dr Said Ramadhan Al Buty.

Dokumen ini ialah penjernihan untuk orang Islam kepada kekeliruan yang ditimbulkan UMNO. Itu antara fungsi dia.

Kemudian, sejak bila perjuangan ini mesti dinilai dengan menang kalah. Kalau begitu, para sahabat yang berjuang dalam Perang Uhud tu bongok ke. Ya lah, kan kalah???

Malanglah engkau ni Wan Ji, belajar jauh2 tapi gagal faham sunnatullah dalam perjuangan. Bacalah Post Mortem 2004. Kalau tak ada, mintak dengan Kickdefella.

DAP tidak keluar dari BA kerana kerasnya PAS kepada konsep Negara Islam. Itu hanya alasan semerta. Sama bilamana Portugis langgar Melaka. Bukan pasal marah orang dia kena tangkap dek Melaka. Alasannya agama.

Cuma dalam isu DAP, alasan agama (
Negara Islam) ialah alasan semerta. Kau jangan jadi naif. Punca utama DAP keluar kerana mereka kalah teruk 1999. Kit Siang kalah, Karpal kalah. Kau umur 2 tahun ke masa tu?

DAP politikus. Ini kau kena faham. Politikus. Bila politikus, mereka lebih kepada menang. Bila sesuatu pakatan itu lebih merugikan mereka dari menguntungkan, mereka akan keluar. Tak pernah dalam sejarah DAP, Cina lari beramai-ramai ke arah BN melainkan tahun 1999. DAP kalah teruk. BA lebih banyak merugikan sokongan politik DAP. Ini fakta. BN menang tahun itu atas mandat Cina. Yang sokong BA ialah 63% pengundi Melayu.

Berbeza dengan PAS. Kita pegang kepada janji. Walaupun kita ada masalah di Selangor, walaupun pakatan dalam PR sebenarnya dan hakikatnya kurang menguntungkan dari segi sokongan Melayu, kita tetap setia pada janji. Asal jangan paksa kita gugur dasar kita. Cuma orang bengong saja duk ratib PAS nak masuk BN.

Sebab itu aku pernah sebut dulu. Jaga jemaah kita. Jangan hancurkan jemaah kerana PR. Dahulukan keputusan jemaah. Sebab kalau PR menang sekalipun tetapi PAS hancur maka tak lebih lari dari mulut harimau terjun mulut buaya.

Satu perkara lagi, memandangkan kau sedap sangat gali cerita tahun 2004, kutuk ulamak yang luluskan dokumen negara islam, sampai macam tak ada kebaikan dan kebijaksanaan pemimpin PAS sekarang yang kau tonjolkan, aku nak tanyalah. Idea siapa buat Negara Kebajikan?

Us fadhil keluar dari kubur ke bagitau suruh buat Negara Berkebajikan?

Dah tu siapa punya idea?

Nenek engkau?

Ali Zaidan: Jijik Sangatkah Negara Islam?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ali Zaidan: Jijik Sangatkah Negara Islam?"

Post a Comment

Close