Demokrasi Yang Saya Fahami - Malaysiakini

Oleh: Labu Labi
Caretaker Government(CTG) (kerajaan sementara – semasa Pilihanraya Umum diadakan) dan SPR
Kat kampong aku tu, masa aku kecik kecik dulu. Ada cerita yang begitu popular. cerita masa zaman tok loghin. Tapi pada aku, ianya tetap ‘fresh’ hingga kini.
Cerita pasal tiga orang tokoh dikampong aku. Pak Long Dek, Pak Ngah Lah dan Pak Su Jib. Nama betoi depa, sampai sekarang ni, aku tak berapa pasti. Semua orang kampong panggil nama tu, termasuk kami, budak budak.
Cerita tu tersebar rata seluruh kampong dan kampong persekitaran. Masa tu aku budak lagi. Budak budak zaman aku tu, mana boleh menyampok hal orang tua tua. Nak kena pelempang boleh. Jadi kami ni, kalu orang tua tua besembang, jadi pendengo yang setia je leee. Tu pun bukan boleh duduk melangut secara bersemuka ngan depa. Dengo dengo gitu boleh le. Kalu melangut ghope budak sekarang, kes naya le.
Kesah depa bertiga ni, di mana mana, orang sebut. Kalu masa kenduri, lagi rancak. Kedia kopi kampong, tok sah kira le. Ada yang puji. Ada yang meluat. Aku pun heghan, pase apa. Nak dengo dan pecaya sape pun tak tau. Cerita tu dah becampo aduk. Nak tanya, takut. Silap silap pelempang singgah kemuka.
Bila aku dah beso, dan dah keghoje. Aku ingat ingat balik, semua yang orang tua tua dulu besembang. Aku cantumkan semua tu, baru le aku faham, sikit sikit. Faham sikit sikit jee, tak sepenuh juga.
Bila aku balik kampong, sekali sekala. Tanya orang tua tua yang ada. Depa kata, tok sah sebut dah. Orangnya pun dah tak ade. Tak elok sebut. Bio-le. Yang elok, semoga diberkati. Yang tak elok, itu dia dengan Allah. Aku tak berani nak sambung. Hormat pada orang tua tua tu, masih tebal, walaupun depa dah tak boleh pelempang lagi. Pase, aku dah diterima sebagai dewasa.
Cerita yang aku dapat, bila aku cantum cantumkan, dan susun balik (baik dari pehak yang memuji atau dari pehak yang meluat). Lebeh kurang macam ni leee.
Depa yang tiga orang tu (Pak Long Dek, Pak Ngah Lah dan Pak Su Jib), depa ni pegang jawatan dalam Syarikat Kampong (La ni panggil Koperasi leeee – dulu dulu panggil ‘Syarikat Kampong’ jeee).
Depa ni memang cekap le. Selok belok pengurusan. Yang hebohnya bukan kecekapan pengurusan depa. Tapi kecekapan memintas lawan. Pak Long Dek ngan Pak Su Jib kamcing sakan.
Pak Ngah Lah ni sekadar tumpang sekaki. Dia ni jenih ‘muka jeghenih (jernih)’. Orang kampong respect sakan kat dia. Tapi, dalam ‘muka jernih’ tu lah dia sama sama songlap apa yang boleh disonglap. Pak Long Dek ngan Pak Su Jib tak berapa suka kat Pak Ngah Lah ni. Tapi demi untuk menguasai Syarikat Kampong, depa kena akur juga. Jadi tiga tiganya makan gheta Syarikat Kampong. Saham syarikat tu, dikutip setiap bulan dari orang kampong, tapi tak le banyak. Seringgit sebulan je. Tapi seringgit zaman tu, aiii beso juga. Selain yuran, setiap tahun, kerajaan bagi peruntukan juga. Demi untuk memajukan orang kampong. Duit tu disalurkan melaui syarikat ni leee. Apa apa yang perlu disalurkan kepada orang kampong, semua melalui syarikat ni le.
Hangpa boleh bayangkan le, mewahnya syarikat, tapi mewah lagi AJK syarikat.
Syarikat kampong ni, wajib buat pemilihan jawantankuasa dua tahun sekali. Tapi pembentangan Lapuran Syarikat setiap tahun.
Setiap kali pembentangan. Semua lulus. Sape sape yang bantah, depa ‘mark’ (melayunya nak sebut ape tah – bahasa aku kecik dulu – lebeh kurang ‘ingat lama’ pastu akan diambil tindakan cara masing masing le). Depa tak marah masa bantah tu. Tapi lepas itu…..!!!!
Dalam perjumpaan membentang lapuran tahunan syarikat. Depa tak marah, nak tanya apa pun tak apa. Apa apa yang tak puas hati. Tapi lepas tu, depa pi jumpa ‘personaly’ (secara perseorangan). Mana mana yang tak mahu masuk depa punya kumpulan, depa suruh dok diam diam dalam mesyuarat. Depa arah cara depa zaman tu.
Kat Kampong mana ada ISA.
Akhirnya, setiap kali bentang Lapuran Tahunan Syarikat. Lulus tanpa bantahan. Tapi kat belakang sok sek sok sek. Tu yang merata kenduri, kedai kopi, dan mana mana ada keramaian kalu tak sebut pasal depa, tak sah.
Itu satu kes.
Semua cerita ni, selepas aku kumpul dan susun – cerita asal berterabur – cerita kampong tau le.
Kes kedua pulak.
Dalam mesyuarat, depa pasang kaki untuk lantik depa, Pak Long Dek, Pengerusi dan Pak Su Jib, Setiausaha. Pak Ngah Lah setakat jadi AJK je. Dia ni jenih makan komisen je. Setiap kali mesyuarat, tu le jawatan tetap depa, lain lain orang tu ada le, AJK lain dan bendahari. Tapi yang di sok seknya depa tiga ni, leee.
Dalam mesyuarat pemilihan AJK baru. Semua AJK lama istihar letak jawatan. Bila tiba masa nak lantik Pengerusi dan Setiausaha sementara, depa dua tu lah yang terpilih. Pada hal sekadar untuk mengendalikan mesyuarat je. Lepas pemilihan AJK baru dibuat, serta diistiharkan senarai yang berjaya. Pengerusi dan Setiusaha ini. Otomatik hilang jawatan.
Tapi apa yang berlaku, dari mula mesyuarat, hingga selesai mesyuarat sampai bersurai. Depa ni lah yang menguasai majlis. Depa pasang siap dah, ‘kaki’ supaya kekal jawatan tetap depa . Ada juga orang kampong cuba masukan dua tiga orang, selain geng Pak Long Dek ni. Tapi apa jadi, dua masuk jadi geng depa, satu lagi tu kena tuduh cuba rosakkan syarikat. Akhirnya kena pecat, melalui mesyuarat AJK. Tak ada sape berani pertikai keputusan tu.
Kes ketiga.
Setiap kali mesyuarat pembentangan Lapuran Tahunan, depa ni, jamu ‘ayo lemenet’ cap gajah (ada perasa: ice cream soda, oren dan sarsi). Itu kira cukup hebat le. masa tu, ayo tu, sebotoi baru 15 duit (sekarang 80 kupang, tapi ayonya ada yang pahit, dah le tu, warna ayo tu pulak, lekat dibibir dan lidah – dulu sedap). Makanan pulak, ‘Ghoti empat segi’ lima keping (sekarang ni dipanggil ‘biskut mayat’ le), dengan biskut ‘meri’ lima keping.
Bila Mesyuarat pemilihan AJK baru, depa jamu nasi putih lauk gulai rempah daging (kerbau). Kira hebat le, kenduri sakan. Depa peduli apa, bukan duit depa. Duit syarikat.
Dalam mesyuarat pemilihan AJK baru. Masa nak buat pencalonan, depa tengok mood ahli.
Depa ni, masa tu hanya Pengerusi dan Setiausaha sementara je. Tapi dah depa le pengerusi betoi. Depa le pengerusi sementara. Jadi dah tak tau beza dah. Orang kampong pun sama. Tak tau beza. Masa bila dia jawatan sementara, masa bila dia jawatan tetap. Sama je. Sape sape gheti sikit undang undang, tak boleh buat ape. Dah awal awal diarah dok diam diam.
Bila nampak macam ada yang tak kena, dimuka orang kampong tertentu. Cepat cepat pengerusi sementara pintas. Mengingatkan orang kampong supaya bersatu, perhatikan kerja buat AJK yang sedia ada, yang telah berjaya membawa kejayaan dalam syarikat. Setiausaha pun tumpang sekaki. Tambah sokong.
Agak tak makan cara tu, ugut pulak cara halus.
Mengingatkan orang kampong, jangan terpengaruh dengan dakyah yang nak menjatuhkan Syarikat.
Bila agak, nampak tak makan juga. Istihar pulak, setiap ahli yang hadir hari ini, akan di beri setiap orang RM 10.00.
Zaman tu beso le nilai dia. Gula baru 15 duit sekati. Tepung baru 30 sekati. Nasi lemak baru 5 duit satu bungkus, dibungkus ngan daun pisang, beso pulak, ikan bilis sambal dia banyak dan sedap. Kalu sekarang ni sama nilai ngan RM 1.20 kot.
Macam tu le depa buat, setiap kali pemilihan AJK dan pembentangan Lapuran Tahunan Syarikat.
Tok ketua (ketua kampong) pun tak boleh buat apa. Depa bagi komisen siap siap. Bila tok ketua nak cuba bersuara, depa ugut bocor rahsia makan komisen.
Ada juga orang yang pegi jumpa dengan tok ketua. Sembang pase Syarikat Kampong ni dan perangai Pak Long Dek, Pak Ngah Lah dan Pak Su jib. Tok Ketua hanya nasihatkan, tok sah panjangkan leee, depa ni elok dah, jaga syarikat.
Dia tambah lagi, takut kecoh dan seterusnya menyebabkan berpecah belah orang kampong pulak. Nanti satu kampong kecoh, masalah lain pulak jadinya. Dok diam diam dah le.
Pase ape depa boleh menang selalu. Lepas aku amati. Aku buat kesimpulan. Ini bukan cerita orang kampong. Hanya rumusan aku sendiri berdasar sok sek yang aku dapat tu.
1. Ada orang kampong yang bersikap lantak pi lah kat depa,depa nak buat apa. Depa berkuasa. Bersikap ambil mudah.
2. Tak berani nak berhujah. Takut kena tindakan, dari geng tiga serangkai.
3. Dah ‘naik lemak’ dan bersikap ‘lembu kenyang’ lepas dapat habuan.
4. Jadi berok dapat telur. ‘Enam biji telur rebus’ tangkap sekor berok garang.
Yang jenih ini pun ada. Nampak garang, tapi ‘tumbuk rusuk’ keliling pinggang, senyap sepi.
Caranya:
kupas siap siap telur rebus. Baling sebiji demi sebiji kat berok tu. Tapi kena cepat. Yang pertama dia boh dalam mulut, pipi kiri. Kedua dalam mulut, pipi kanan. Ketiga, pegang ngan kaki kiri. Keempat pegang ngan kaki kanan. Kelima, pegang ngan tangan kiri. Yang akhir, pegang ngan tangan kanan. Jadi semua anggota, jam. Nak makan tak boleh, tangan dan kaki serta mulut penuh.
Angkat aje. Dia tak kan melawan punya. Sebab dia tak akan lepaskan telur tu.
Aku dapat dari ceramah sape tah, aku pun tak ingat.
5. Tak ambik tau langsung, mesyuarat ke, ape ke, tak peduli. Tak pergi.
6. Kaki ampu dan kaki bodek.
7. Kaki pukul. Tali barut dan tukang ugut.
Pasal ape sok sek timbul. Pasenya, depa pertikai mana peginya duit banyak banyak. Yang dapat pekdah kat orang kampong sikit jeee. Susah orang kampong makin berat. Yang nampaknya Pintu gerbang jalan masuk kampong. Bunga bucu simpang masuk kampong. Tiang sangkut bendera, masa sambut merdeka. Kat bucu simpang masuk kampong.
Untuk kemudahan orang kampong, tak nampak, jalan pun batu ketoi ketoi, bukan tar. Sakit ponggong, kalu naik basikal.
Duit banyak banyak pegi mana. Dividen pun semakin merosot. Mola mola dulu 10 %. turun tingge 5 %. akhir ni tingge 1% je. Tengokkan syarikat macam mewah tapi, orang kampong tak dapat menikmatinya.
Sape sape yang dapat habuan atau dapat jadi ejen, boleh makan komisen, puji sakan le.
Itu cerita Syarikat Kampong (sekarang ni dikenali sebagai koop – koperasi).
Macam mana pulak ‘Caretaker Government’ dan SPR – Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kalu kome nak senang paham. CTG tu macam pengerusi sementara dalam syarikat kampong aku tu le. Yang jawatannya sekadar untuk pemilihan AJK baru dan selepas perletakan jawatan oleh AJK lama. Tugas dia, sekadar mengendalikan pemilihan je. Bukan ade kuasa luluskan apa apa peruntukan ke, atau kuasa pentadbiran ke. Tak ada. Aku Ulang lagi, tak ada.
Selepas pemilihan, disahkan oleh majlis mesyuarat. Dia kena serah pada pengerusi baru. Kalu tak serah, dia boleh dihalau begitu saje. Sebab, selagi dia tak serah, mesyuarat tak boleh tutup. Habih, tak di halau dek orang ke ? Sah tak gheti peraturan mesyuarat. Kalu dia ghase dia nak pegang terus.
Kalu dia Tak serah pada pengerusi baru. Kemudian dia sendiri nak tutup. Kemudiannya dia ngaku dia pengerusi syarikat. Mana boleh.
Tapi bila dia le pengerusi masa letak jawatan, dia le pengerusi sementara, dia pengerusi lantikan baru. Apa jadi ?
Tanya pulak apa jadi…. jadi kecoh le….. ape lagi.
pase ape … nampak tak ade masalah pun … ok jeee ?
Ye le, itu yang mika nampak. Macam mana yang mika tak nampak. Mika nampak tak, beghapa banyak dia peghabih duit, masa nak beli undi tu, nampak tak masa dia cucuk jarum kat bontot, nampak tak masa dia ugut. Masa jadi pengerusi sementara mana boleh lulus duit syarikat. Dia bukan pengerusi syarikat. Dia sekadar pengerusi pemilihan AJK je, mana boleh cucuk jarum bontot orang, apatah lagi ugut ugut orang.
Dia mana boleh kempen guna nama syarikat. Dia bukan pengerusi syarikat. Dia pengerusi pemilihan saja.
Nampak tak kerosakan dan kerugian yang terjadi.
Serupa le CTG. Masa pilihanraya, dia punya lambak projek le, janji itu le, janji ini le. Lulus peruntukan itu le. Lulus bantuan ini le. Macam macam lagi. Siap ngan ugut lagi, jangan cuba bermain api. Ingat tuan tuan kejadian ‘hantu 1969′. Diserata ceruk rantau, naik iklan peristiwa 1969.
Pegi rumah kerumah, siap bagi bantuan. Kata kami dari kerajaan bagi. Masa tu mana boleh ngaku dari kerajaan. Masa tu jawatan dah tak ada. Bila istihar saja bubar DUN atau Parlimen. Hangpa semua mana ada jawatan lagi. Batal. Sebabnya. Awal awal siri, aku dah tunjukan, PM dipilih dari wakil rakyat (parlimen).
Senator aku tak pasti, boleh tak jadi PM. Sebab yang ni cikgu aku tak cerita. Masa zaman tu tak se’complex’ macam sekarang. Dulu kalau menteri tu, dikalangan wakil rakyat je. Tak le sampai macam ni punya serabut.
MB dari wakil rakyat (DUN), menteri dan timbalan menteri dari wakil Rakyat (parlimen). Tapi menteri yang dilantik dari tiket senator, kekal ke tak. Itu aku tak tau status dia. Pasai, setakat yang aku mengaji kat cikgu aku dulu. Parlimen bubar, wakil rakyat hilang kelayakan sebagai Wakil rakyat, termasuk PM, TPM, Menteri dan timbalan menteri.
Tapi menteri-senator, yang tu cikgu aku tak sebut pulak. Nak senang pegi tanya pakar undang undang le. Dia ni gugur keee, tak, sebagai Menteri.
Yang aku musykilnya, bila pulak CTG dilantik. Sape melantik depa ni. Sebab DUN dan parlimen dah bubar. Tak kan main ngaku ngaku gitu je. Ada ke surat yang lantik depa ni sebagai CTG. Kalu ada sape sain. Tak pernah tunjukpun surat tu. Aku tak pernah tengok pun surat tu. Baik dalam muzium atau mana mana arkib. Kot boleh pakai cakap mulut je, itu aku tak tau. Yang ni pun, kena tanya pakar undang undang.
Dalam kes ini, Pak Long Dek, Pak Ngah Lah dan Pak Su Jib kampong aku lagi baik. Depa lagi gheti perjalanan mesyuarat.
Bila PM dan kabinet dah dilantik, otomatik CTG hilang kuasa. Tak payah isytihar letak jawatan. Memang dah hilang pun.
Yang SPR pulak apa cerita. SPR ni macam setiausaha sementara syarikat kampong aku tu, je. Tugas dia adakan pilihanraya umum. Untuk tujuan itu, dia boleh mintak peruntukan dari CTG. Tapi kalu CTG tu masuk pilihan raya. ‘Maka SPRpun tumpang semangkuk le sop ayam atau sop daging’. Tak kira le halal ke, haram ke. Yang penting tumpang semangkuk dua, atau sampai kenyang.
Sepatutnya SPR ni, buat kerja dia. Tak kira sape bertanding. Tapi apa yang berlaku, bagai yang kita semua nampak le.
SPR ni sebenarnya. Pengerusi dia, Agong yang lantik. Jadi dia sepatutnya sebagai wakil Agong le, serupa macam Speaker parlimen. Cuma speaker tu wakil rakyat yang lantik.
Jadi pasal apa pulak, dia pegi tumpang semangkuk ngan calon. Yang juga CTG. Yang juga menjadi ‘real government’, selepas pilihan raya umum.
Kan masalah tu. Bila kita tak tau sape ‘real government’ sape caretaker government.
Sampaikan SPR pun dah jadi macam sebahagian dari ‘real government’ dan jadi macam CTG. Celaru habih.
Sekali lagi aku tegaskan SPR tu, pengerusinya dilantik oleh Agong. Tugasnya, hanya menjalankan pilihanraya Umum. Mengikut peraturan yang ditetapkan dalam undang undang. Tu je. Tak lebeh tak kurang. Selepas pengistiharan kemenangan. Yang mengesahkan kuasa ‘real government’ baru, bukan SPR tapi Agong. Melalui pemilihan dalam persidangan parlimen, seperti yang aku dah sebutkan sebelum ini. SPR istiharkan sape menang sape kalah boleh le. Masuk Parlimen baru tahu siapa PM. Undi dari Wakil Rakyat.
Kalau dalam perlawanan bola sepak. SPR ni Macam pengadil le, yang duduk tengah padang tu. Dia bertugas jaga perlawanan mengikut undang undang yang telah ditetapkan. Yang telah dibahas dan diluluskan oleh parlimen dan Agong. Bukannya tambah undang undang baru. Ubah tiang gol. Pinda padang jadi tinggi rendah. Ikat tangan. Tutup mata. Bab tutup mata ni, dua dua tutup mata. Kain, dua dua hitam. Cuma yang satu pasukan kain jarang, yang satu pasukan kain tebal dan gelap gelita.
Macam macam lagi. Bagi memenangkan sebelah pihak. Dalam pada tu pun, tak boleh menang semua. Banyak juga yang kalah kumpulan yang cuba dibantu oleh SPR ni.
Satu lagi yang aku mushkil. SPR ishtihar, sape ‘real government’. Tak tahu le aku. Aku pun bukan gheti sangat bab undang undang ni.
Ih, berbelit belitnya cerita Demokrasi di Malaysia ni.
Habih dah duduk di Malaysia. Kena le gheti juga sikit sikit.
Lepas ni kita tengok rakyat pulak.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Demokrasi Yang Saya Fahami - Malaysiakini"

Post a Comment

Close