Bubur lambuk Kampung Baru


BOLEH dikatakan bubur lambuk berherba adalah juadah tradisional wajib semasa bulan Ramadan.
Ia sering disediakan dan diedarkan percuma kepada orang ramai semasa bulan puasa di masjid-masjid dan dijual di Bazar Ramadan serta restoran-restoran di seluruh negara.
Chef Hotel dan Spa Sunway Resort, Fazli Baharudin berkata, bubur lambuk ialah hidangan kegemaran di bulan Ramadan dalam kalangan rakyat tempatan sejak zaman kecilnya.


"Ia diedarkan percuma kepada para pengunjung masjid dan saya masih ingat saya akan dikecewakan setiap kali saya beratur kerana ia cepat habis." katanya yang dibesarkan di Kampung Baru.
Fazli berpendapat bubur lambuk semestinya sedap dan oleh itu, dia belajar menyediakan masakan itu daripada neneknya.
"Saya mewarisi resipi ini dari nenek saya yang biasa memasak dan mengedarkan bubur lambuk di masjid Kampung Baru," katanya.
"Walaupun terdapat hidangan istimewa lain di atas meja, bubur lambuk ialah juadah wajib semasa berbuka puasa. Tidak lengkap buka puasa tanpa hidangan bubur lambuk!"
Fazli telah mengekalkan resipi asal yang diwarisinya kerana dia percaya resipi asal adalah yang terbaik dan paling asli.
Hotel dan Spa Sunway Resort terletak di Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Hubungi 03-7492 8000 atau faks 03-7492 8001 untuk sebarang pertanyaan.


Hidangan istimewa Ramadan: 
Bubur Lambuk ialah sajian "wajib" 
chef Fazli ketika berbuka puasa.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bubur lambuk Kampung Baru"

Post a Comment

Close