MB Kedah nafi akan bubar DUN-Malaysiakini


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan khabar angin beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat kerana bimbang terdapat ahli DUN yang akan melompat parti.

Sebaliknya Azizan berkata, beliau selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat untuk membubarkan DUN.

"Kalau saya berasa tak sedap, bila-bila masa saya boleh bubar DUN. Tapi sekarang saya rasa selesa, jadi tidak perlu," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan diminta mengulas khabar angin beliau akan menghadap Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah dalam tempoh terdekat bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan sidang DUN.

Sumber dari CINAISLAM

Azizan berkata, sebelum memulakan mesyuarat Exco pagi ini, beliau telah menghadap Sultan Kedah untuk memberitahu perkembangan politik, kewangan serta masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

"Saya memang selalu menghadap Sultan kerana saya adalah menteri besar di bawah pemerintahan Tuanku, jadi saya kena memaklumkan pada Tuanku apa yang berlaku di negeri ini.

"Bukan saya menghadap Tuanku untuk bincangkan mengenai pembubaran DUN," jelasnya.

Kelmarin kita dikejutkan dengan perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau,Arumugam Vengatarakoo.

Pilihan raya kecil yang akan mengisi kekosongan kerusi tersebut merupakan cabaran getir kedua belah pihak bagi membuktikan kekuatan masing-masing.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB Kedah nafi akan bubar DUN-Malaysiakini"

Post a Comment

Close