Komen: Tok Iskandar dari Blog Perisik Rakyat
Tok pun baru balik daripada bertapa di Gunung Ledang.Pikirkan formula macamana nak runtuhkan negeri UMNO paling kuat di dunia tak lain tak bukan negeri Johor.
Time turun dari gunung tadi sempat juga tok baca paper NST,antara tajuk yang sempat tok baca sepintas lalu Sultan Selangor sedih dengan krisis politik yang berlaku di Perak mutakhir ini.
Baginda sedih kerana pak sedaranya,Sultan Azlan menerima tentangan hebat daripada rakyat jelatanya sendiri setelah menitahkan kepada Nizar letak jawatan sebagai MB Perak.
Tok tak nak komen tentang kenyataan rasmi Sultan Selangor itu,cuma tok nak bagitahu semua dalang sebenar di belakang tabir mengheret Raja-Raja Melayu ke dlama situasi yang menyulitkan kita semua ialah UMNO.Memang Tok confirm dan yakin benar.
Sudah lama UMNO menyusahkan Raja-Raja Melayu dan sudah tiba masanya kita kaum Melayu membebaskan mereka semua daripada belenggu UMNO.
Satu Malaya tahu Mat Taib@Mat Tyson,bekas MB Selangor larikan Ku Yah(adik Sultan Selangor sekarang) ke Siam dan berkahwin di sana.Punyalah samseng Ketua Penerangan UMNO sekarang,tak lain tak bukan Mat Tyson.Tok heran kenapa Sultan Selangor tak tarik balik pingat kebesarannya dan usir keluar Mat Tyson dari Selangor.Melarikan adik Sultan dah kira tahap derhaka paling teratas dan sukar dimaafkan.
Anuar Musa ketika jadi timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kelantan pernah menabalkan sendiri sepupu Sultan Kelantan sebagai Sultan Kelantan sedangkan Sultan Kelantan masih lagi bersemayam di istana.Inipun kira derhaka jugak.
Di Terengganu,penyokong Idris Jusoh berang dan melakukan demo yang terpapar kami mahukan Deris,natang(binatang).Kata-kata kesat itu ditujukan kepada penghulu Raja-Raja Melayu tak lain dan tak bukan Sultan Mizan yang juga Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Bukankah ini juga derhaka kelas yang tertinggi.
Di Perlis,Shahidan Kasim enggan hadir ke majlis mengangkat sumpah MB Perlis yang baru juga boleh dikatakan derhaka dan boleh dibuang negeri.
Paling kesian mantan Yam Tuan Negeri Sembilan.Allahyarham Tuanku Jaafar yang disaman bank Standard Chartered sebanyak RM1 juta.Ini boleh dianggap derhaka dan UMNO tidak berbuat apa-apa untuk membant Allahyarham Tuanku Jaafar.Tok nak peringatkan orang Melayu semua jangan simpan duit kat bank penderhaka ini.biar terlingkup habis bank ini.
Sekarang Raja-raja Melayu dikelilingi oleh pengkhianat Melayu dan penderhaka Melayu yang duduk dalam pertubuhan spastik bernama UMNO.
Bila masa korang bela Melayu.Tengok Singapura dan Pulau Batu Putih yang dah tergadai dan jadi hak milik kekal kepada Singapura.Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor juga akan berdepan dengan situasi yang serupa.Kg Baru di Kuala Lumpur juga sedang menunggu masa untuk dirampas kerajaan pusat UMNO-BN.Banyak lagi bukti UMNO rampas tanah Melayu untuk buat duit dan tok mintak bantuan rakan-rakan bloggers semua tambahkan mana-mana yang kurang di sini.
Jasa mantan presiden UMNO,mamak Mahathirlah yang menghilangkan kekebalan Raja-Raja Melayu dan bukannya Pakatan Rakyat.Ketika itu madia totok UMNO menghina raja-Raja Melayu.Bukan menderhakakah itu wahai orang-orang UMNO yang telah menjadi baghal dalam politik negara.
Eloklah pemimpin Pakatan Rakyat bawak semua kes ini ke mahkamah biar semua rakyat tahu UMNOlah yang menderhaka selama ini.
0 Response to "Kisah Umno Lagi - Malaysiakini"
Post a Comment