Yoga: Rujuk Raja sebelum fatwa~ Malaysiakini



Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung setiap blog saya ini, maaf kerana lama tak update.sibuk dengan tugas seharian mencari rezeki sesuap nasi.Maklum lah tak mampu lagi dapat komisen berjuta-juta hasil beli kapal selam, saya pun tak duduk dalam mana-mana kem diantara dua puak wanita.Bekas PM Tun pun mengakui UMNO itu rasuah jadi tak mustahil sebenarnya leh kaya kalau pandai melobi.Tertanya-tanya juga Majlis Fatwa pun boleh dilobi ke..... Apa dah jadi ngan Islam Hadari, mana pegi imam besar... lari keeeee macam PM kerajaaan langit...?-Malaysiakini

Nov 24, 08 5:05pm
yogaSultan Selangor berharap sebarang keputusan fatwa pada masa depan yang menyentuh isu melibatkan masyarakat umum sebaik-baiknya dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk diperkenankan.LAGI

Elak kekeliruan, kontroversi Belum kuat kuasa di Selangor, Perak

Dibawah petikan dari blog garamlada

ISLAM HADHARI MAKIN BERKECAMUK....

Islam Hadhari semakin berkecamuk kelihatannya. Sister in Islam menentang fatwa pengharaman Yoga oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Apa yang dipanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) melalui jurucakapnya Dr Maamor sibuk berdemontrasi menentang mereka yang kononnya menentang Islam dan menggugat hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputra. Keadaan menjadi semakin kecoh sesama mereka.
Kedua-dua SIS dan Pewaris adalah kesayangan UMNO. SIS menentang dan menolak fatwa yoga. Pewaris menentang NGO yang menolak fatwa yoga. Eloklah tu. Rafidah berkelahi dengan Shahrizat, Pewaris bertempur dengan SIS dan akhirnya nanti pihak lain yang tidak ada kena mengena terhumban dalam ISA.
Mereka ini berkecoh bukan berpunca dari orang lain. Punca dari mereka sendiri sebenarnya. Saya tetap mengatakan punca segala-gala perkara ini ialah UMNO dan para pemimpinnya sejak zaman mula Mahathir memerintah. Kalau dalam UMNO, Mahathirlah yang memulakan seghala kekecohan.
Semasa Kelantan hendak laksana Hudud riuh UMNO kata PAS nak buat hudud PAS sebab itu UMNO tolak. Apabila PAS suruh buat hudud UMNO, UMNO membisu sejuta bahasa. Inilah golongan purak-purak. Sejarah membuktikan UMNOlah paling kuat hentam dan menghina Islam. Tidak ada apa yang pemimpin UMNO tidak kata sewaktu PAS Kelantan dan PAS Trengganu hendak laksanakan Islam. Bekas Mufti Selangor dulu dipecat kerana menghalang gadis Melayu menyertai pertandingan Ratu Cantik. Jabatan agama Islam Selangor dihina dalam kes penangkapan gadis Melayu di Kelab hiburan the zouk tidak berapa lama dahulu. Banyak lagi kes-kes yang membuktikan UMNO dan pemimpinnya menghina Islam, sejarah mampu menceritakannya.
Apa yang UMNO dan pemimpinnya buat orang bukan Islam perhati. Mereka belajar pendidikan ini melalui UMNO. UMNO mengajar mereka. Nah hari ini kenapa UMNO dan kuncu-kuncunya serta Dr Maamor Pewaris pelik dan terkejut apabila ada pihak yang mengaku Islam dan bukan Islam mencela Islam ? UMNO dan kuncu-kuncu adalah pihak-pihak yang sering bermain api dan tidak pernah mahu belajar dari sejarah. Itulah realitinya. Cukuplah UMNO, anda diwaktu ini terlalu lemah. Semua pihak yang anda pelihara selama ini mula mencakar belakang anda.
Untuk anda selamat bukan anda perlu mendengar arahan Pak Lah, bukan Najib, lebih-lebih lagi bukan Mahathir yang terlalu banyak dosa kepada anda, hanya satu cara, kembalilah kepada Islam yang syumul, kembalilah kepada jemaah Islam yang tulin.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Yoga: Rujuk Raja sebelum fatwa~ Malaysiakini"

Post a Comment

Close