TOK GURU
Desas-desus sama ada benar atau tidak permintaan Adun PAS agar Tok Guru Nik Aziz berundur "pada zaman gemilang" beliau tersebar sejak akhir-akhir ini mula diperkatakan dan mula dimainkan oleh media milik Umno/BN..Bagaimanapun ia dinafikan Adun PAS dan meminta sesiapa yang menuntut pelan peralihan kuasa (dah macam UMNO lak) dari Tok Guru yang dkatakan bermasalah kesihatan tampil ke depan membuktikan kenyataan itu.
Ya! Seperti kata Pulai Chondong, Nik Aziz adalah simbol kedamaian, bapa perpaduan dan tokoh yang boleh dijadikan contoh yang agung!
Kezuhudannya menginsafkan..Beliau tidak pernah meninggikan suara biarpun ditekan, difitnah,dihina oleh saudara seagama dan sebangsa dengannya, malah masih boleh melawat PM Dollah sewaktu Allahyarham Endon meninggal dunia walhal ketika itu anaknya Nik Adli disumbat ke Kemunting oleh Menteri KDN waktu itu iaitu Dollah sendiri. Rakyat berbagai lapisan kaum dan agama tidak dapat menyangkal hakikat ini dan merasa cukup terpesona dengan ketrampilan beliau. aku pernah melihat seorang cina berseluar pendek turun dari bukit untuk melihat beliau dari dekat sebaik saja beliau habis berceramah di Bandar Tun Hussein Onn.
Rakyat Kelantan yang pekat Umno pun berasa sangsi untuk menukarkan Menteri Besar mereka sekarang dengan tokoh dari Umno sendiri, bagi mereka tokoh Umno sekarang bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan Tok Guru. (Ibrahim Ali lagilah..bagai langit dengan perut bumi..hihih!
Desas-desus ini mula bermain sejak isu muqabalah lagi. Tok Guru menentang pertemuan PAS dengan Umno yang disifatkannya pertemuan orang jahat yang lemah hendak menjerat kekuatan yang dibina oleh Pakatan Rakyat. Isu ketuanan Melayu yang dimainkan telah memerangkap beberapa pemimpin PAS yang seolah-olah lupa pahit pedih perjuangan dipijak dan diliwat Umno/BN. Tok Guru dikatakan pro Anwar yang cuba menggadaikan bangsa dan agama demi mengejar cita-cita untuk menjadi PM. Mereka menghalalkan muqabalah ini dengan teori "Dalam keadaan darurat lebih baik bersahabat dengan penyamun Islam daripada bersahabat dengan kafir" lalu pandangan Mursyidul Am yang masih merasa sakit dihina Umno dikesampingkan! Akhirnya mereka menyedari kebenaran kata-kata Tok Guru apabila mendapati dalam keadaan Umno hendak menghulurkan salam dengan tangan kanan, tangan kiri pula mencubit telur mereka. Beberapa tokoh PAS yang disayangi tok guru dibelasah dan diberi gelaran kumpulan Erdogan.
Isu ini diharap selesai. Tok Guru masih diperlukan dan ketika ditanya kepada beliau adakah tokoh lain yang setandingnya untuk mengambil alih kerusi Menteri Besar beliau memberi jawapan yang cukup simple dan menyenangkan sebagaimana beliau ditanya tentang isu ketuanan Melayu, apa jawapannya? "semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Nabi Adam apa bangsanya?"- (baca wawancara dengan beliau di majalah OFF THE EDGE keluaran NOV
0 Response to "labun KULUP SAKAH!: Nik Aziz- Apa lagi nak kuperkatakan?~malaysiakini"
Post a Comment