Presiden: PM mahu Umno pilih Najib ~ Malaysiakini

(Maaf ya kalau Gambar Puak UMNO ni memang blur sikit)



Presiden: PM mahu Umno pilih Najib
Oct 13, 08 2:02pm
abdullah ahmad badawi and umno and pak lah"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata Abdullah.LAGI

  • Percaya Najib pemimpin baik
  • Tidak percaya salah guna kuasa

Menarik tentang mesyuarat bahagian UMNO, di sebalik tabir perlu BACA.....
petikan ini diambil dari Blog
...

al-banjari / politik banjar


'Kalau hang nak tau, G7..' (betui ka yang aku tulih ni!), macam tu la kut tapi berkaitan jumlah perwakilan lah, setiap Bahagian Umno kena hantaq 7 orang.Kalau salah hangpa jangan nak marah aku pulak, ni la pertama kali dalam hidup, aku datang mesyuarat puak ni, tebaikan muka pasai nak tau lagu mana depa mesyuarat selain untuk paparan bahan di blog. Kalau salah tulung pebetui noo!

' Setiap kali besidang, aku tak pernah 'miss' tapi tahun ni depa dah tak pilih aku ! Aku bukan apa, jadi perwakilan ni, untung !! pasai perwakilan yang Bahagian hantaq dapat duit, bukan sikit RM1 ribu tu biasa laaa, tu untuk 1 undi, kalau ada 3 calon yang bertanding ? Hang pi kira la..berapa buleh dapat ! Sapa yang bagi ? teman mula minat nak tau. 'Sapa lagi, agen depa laa..agen calon yang bertanding, depa bagi duit tu untuk suruh kita pi undi 'orang' depa laa..! Hari tu aku balik bawak duit lebih RM7 ribu' . Wow ! Banyak tuu..! teman berlakon kunun macam 'excited' sesangat. Tapi laa..hang jangan buat pasai, silap hari bulan kena cekup! Tu bukan 'rasuah' ker tok aji ? teman menunjuk 'alim' se'alim'nya teman datang malam tadi ber'kopiah' putih. Mampuih aku ! ' Dak..aih! tu duit bukan rasuah, depa bagi, kira sedekah la tu! Ambik..itu rezeki namanya ! Bila sebut 'sedekah' dan ' itu rezeki namanya..', otomatik kepala hotak aku teringat akan 'sedekah' yang Zul Hassan dapat ari tu. 'Ceh! sepesen..! getus teman dalam hati.' Kadang tu agen depa bagi RM2 ribu untuk undi 1 calon yang bertanding! Kira sikit la, ada yang sampai RM5 ribu agen bagi'. Bersemangat sungguh tok aji ni bukak' tembelang'. Ooo!..ye tak yer jugak, duit sedekah la tu! Teman 'jek' lagi. Kasi up ! teman pun menambah, ' kalau 1 wakil RM1 ribu paling koman pun, juta-juta jugak depa habih laboq duit masa sidang tu, tak gitu tok aji ! Tu biasa laa..Umno banyak duit ! Tapi jangan tanya duit tu mai mana..! Bukan macam PAS asyik tadah tong mintak derma jihad. Yang bagi duit tu semua bodo..! Selanjutnya.....

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Presiden: PM mahu Umno pilih Najib ~ Malaysiakini"

Post a Comment

Close