Siasat Najib kes SMS isu Altantuya
Oct 14, 08 5:05pm
najib and sms messages handphoneDatuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.LAGI
- Tiada jawapan, tiada siasatan
- Najib nafi wujudnya salah guna kuasa
PM: NAJIB lebih baik daripada ANWAR!
Anwar terpaksa menguburkan niat sucinya untuk menjadi PM ke 6 selepas gagal membentuk kerajaan pada 16 September lalu seperti yang digegarkannya. Terbukti semuanya retorik walaupun ia memaksa BN jadi inca-binca membawa lari MP mereka ke Taiwan dan Mongolia..Kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti Anwar mula terhakis dan kini mereka mengalih tumpuan kepada Najib yang dilihat calon yang paling baik dan sesuai menggantikan Dollah Badawi- Bapa Hadhari Malaysia @ Pak Mertua Khairy.
Di bawah ini diperturunkan dalil-dalil yang menyokong sebab-sebab mengapa Najib lebih layak dan tidak dapat ditandingi Anwar untuk menjadi PM ke 6:-
1) Latar belakang keturunan.
Berbeza dengan Anwar, Najib dikatakan mewarisi sifat-sifat pemimpin daripada bapanya yang juga bekas PM Malaysia. Kecemerlangan Tun Razak dapat dilihat sendiri Najib kerana beliau membesar dengan bapanya. Beliau juga mewarisi 'saham-saham' dan 'darah daging' dari Genting Highland sejak awal penubuhan pusat judi terbesar Asia tenggara di negara Hadhari ini.
2) Pemimpin keluarga
sebagai pemimpin keluarga Najib dilihat berjaya apabila TIDAK pernah meninggalkan anak isteri lamanya untuk berkahwin dengan isteri orang lain. Beliau merupakan suami yang cukup penyayang dan jarang menghampakan isterinya untuk berbelanja mewah apabila ke luar negara. Isteri dan anak-anaknya didik dengan penuh sopan bertudung litup dan bertutur lembut berbanding pesaingnya yang membiarkan isterinya berambut perang berbotox-botox. Anak-anak pesaingnya suka enjoy dan berpeluk2 dengan bukan muhrim..(sila lihat YouTube)..anak isteri Najib okey,!!
*err... sewaktu persandingan anak perempuan Rosmah dengan penyanyi lelaki yang juga seorang pakar motivasi, Rosmah dan Najib SENTIASA di sisi mempelai ini..
3) Mengenang jasa
inilah sifat terpuji Najib berbanding Anwar yang menderhaka menentang gurunya Mahathir. Najib sungguh setia dan mengenang budi. contoh:- Mengenang jasa Bintang Bollywood yang cium isterinya diizinkan dapat pingat Datuk oleh kerajaan kesultanan Melayu Melaka.
4) warak
walau tidak selancar Anwar yang gemar bemain ayat Al Quran dan hadis, Najib tetap warak dan mengamalkan Islam dengan baik. Beliau selalu menasihatkan rakyar agar sentiasa mengikuti ajaran islam yang sebenarnya. malah beliau tidak kisah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak kenal Altantuya. Itulah bukti kewarakannya.
5) pengalaman
Beliau antara yang termuda bergelar YB dan 6 tahun di penjara menyebabkan Anwar ketinggalan dari segi pengalaman merompak kekayaan negara berbanding Najib.
6) Tiada rekod jenayah
Najib bersih dari sebarang perlakuan jenayah. Walaupun dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya, sumpah keramatnya diakui sah oleh ulama muktabar tersohor dunia, Syeikh Dollah Badwi AlHadhari. Anwar pula masih tak nak bersumpah apabila dituduh meliwat Saiful Bukhari, sebaliknya Najib bermurah hati menolong memberikan biasiswa kepada Saiful, mangsa liwat yang bangang di universiti.
7) Bijak berurusan
Ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya digunakan untuk berurusan dalam hal-hal perniagaan 'G to G'.. Kebijaksanaannya melantik Sykt.Perimekar dan Ombaklaut sebagai orang tengah dalam urusan pembelian kapal selam mahu pun jet Sukhoi telah menjadikan Razak Baginda kaya raya sebelum dikambinghitamkan dalam kes Altantuya..
8) Bibir Najib lebih merah..auw!
tak yah ulaslah bab bibir ni..tanya Ezamlahh!!
sebenarnya banyak lagi hujah-hujah yang mahu penulis bentangkan tetapi lapan ini saja sudah cukup untuk menewaskan Anwar..
Jangan bimbang Najib! kami para blogger berikrar akan berjuang dan menyokong dari belakang sehingga akhirnya kerusi Perdana Menteri menjadi milik................ ROSMAH!
Posted by kulupSakah at 11:19 PM 6 comments Links to this post
Sunday, October 12, 2008
selamatkan Malaysia dari di 'bomC4' Najib!
Kemaraan Najib semakin ketara untuk menduduki kerusi PM yang telah diairliurbasikan Dolah selama 5 tahun. Mac 2009 dinantikan dengan penuh debar. Rosmah sedang sibuk berlatih berjalan di depan cermin seperti Aziz sattar (Ali Baba Bujang Lapok ) berlatih berjalan seperti orang kaya. Kelihatan tiada saingan yang yakin menang untuk mencabar kedudukan Najib sebagai presiden United Malaon Notorius organisation. Muhyiddin Yassin dikatakan saingan yang hebat dan mampu menggugat tetapi kedudukan 50-50 mungkin membuatkan muhyiddin ketar mencabar..takut2 kalau kalah langsung tak dapat apa-apa sedangkan ramai meramalkan wak sembab ini langsung tiada masalah untuk memenangi kerusi nombor 2...lebih baik pilih jalan selamat!
Najib adalah 'disaster' jika dia dibiarkan naik..kalau Anwar atau pakatan rakyat tidak berbuat sesuatu dan merelakan suami Rosmah ini menjadi orang nombor 1 Malaysia maka perjuangan reformasi akan terpelanting 10 tahun ke belakang semula..lebih menakutkan perjuangan ini silap-silap akan dilenyapkan seperti tulang temulang Altantuya!
Budak Pekan yang mempunyai stok undi pos yang banyak dari kem tentera Panching, Kuantan bagi memastikan kemenangannya dalam setiap PRU ini akan menggunakan segala instrumen kerajaan untuk menyekat kemaraan rakyat. Bik Mama akan terus mengagih2kan khazanah negara kepada penjilat lemak pinggulnya sambil menarik telinga Najib yang sekali-sekala menjeling2 artis cun!.. Bayangkan dalam keadaan menjadi orang no 2 pun dia boleh berbuat demikian apatah lagi jika menjadi no 1..siapakah Melayu dalam UMNO yang berani menghalang nafsu rakus cakar rimau Bik Mama? Pencinta ketuanan Melayu perlu melihat dan membuka mata betul-betul kerosakan yang pernah dilakukan olehnya..jangan sampai datuk Shah Rukh Khan yang bangkit menyeru Melayu berjuang menumbangkan Najib sambil menari dan menyanyi miming lagu "perjuangan Hindustani"!
Pakatan Rakyat, pejuang reformasi dan rakyat yang cintakan kemakmuran harus bersedia dari sekarang menghunus senjata dan menyusun gerak menghalang kaki-kaki cekam Najib memijak permaidani masuk ke mahligai PM..GERAK semulaa!!!
p/s sebut gerak teringat Gerak Ezam..mana dia budak tu sekarang?
Labun KULUP SAKAN!
0 Response to "PM: NAJIB lebih baik daripada ANWAR! ~ Malaysiakini"
Post a Comment