Najib pemimpin yang baik...? ~ Malaysiakini



Najib Orang baik layak jadi pemimpin, pak lah tak percaya cakap-cakap dengki... kah kah kah kah....




Presiden: PM mahu Umno pilih Najib

Oct 13, 08 2:34pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta anggota Umno agar memberikan sokongan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu yang baru pada pemilihan Mac depan.

"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata perdana menteri selepas menyampaikan ucaptama di Forum Serantau
Amerika Syarikat dan Dunia Islam di Kuala Lumpur.

Tambahnya, lapor Bernama, beliau gembira dengan keputusan
yang dibuat oleh 28 bahagian Umno yang bermesyuarat setakat ini untuk mencalonkan Najib sebagai presiden parti.

"Sudah tentu saya perlu gembira kerana mereka menyokong beliau. Itu adalah baik," katanya.


Menarik komen dari Bro isham Tukar Tiub
Selasa, 2008 Oktober 14
PM GEMBIRA NAJIB DISOKONG – U.malayau
KUALA LUMPUR 13 Okt. Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan sebuah portal berita bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Abdullah berkata:

"Saya tidak percaya Datuk Seri Najib mahu menyalahgunakan kuasa. Jika beliau seorang yang cenderung untuk menyalahgunakan kuasa, kalau begitu, bagaimana beliau akan menjadi pengganti saya.

"Saya percaya dengan beliau, saya percaya beliau seorang yang baik dan akan menjadi Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk memberikan kepimpinan yang baik, jadi saya tidak percaya beliau terlibat dalam salah guna kuasa."

Antara lain, laporan oleh Malaysia Today yang pernah dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin itu membuat dakwaan mengenai mesej komunikasi antara Najib dengan seorang peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda, salah seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya.

kah kah kah….. wak dolah udah bingong…. ke hulu salah ke hilir salah…. kah kah kah…. wak mongol ni orang baik ?.... kah kah kah…. wak mongol ni tak salah guna kuasa…. kah kah kah….. mesej komunikasi dengan seorang peguam terkemuka?.... kah kah kah….siapa peguam ini…. kah kah kah…. seluruh dunia dah tahu… hanya melayau yang tak berani lapor… kah kah kah…

bukan saje nama peguam dan berita ini dalam malaysiatoday… ada dalam edge daily … ada dalam malaysian insider …nak suruk apa…. kah kah kah…yang tak lapor hanya laman-laman bodek…. kah kah kah… dan di blog-blog yang tuannya dah jadi polong tanpa tuan dan berharap dapat kerja lama di NST atau Malay Mail…. kah kah kah… lagi pun kalimulah dah kena tendang…mesti ade kerja kosong…. kah kah kah
....

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib pemimpin yang baik...? ~ Malaysiakini"

Post a Comment

Close