Setelah Menghilang Nama Zul Noordin Muncul Lagi

Entah di mana, apa dia buat saya tak pasti tapi menurut sumber yang rapat dengannya Zulkifli Nordin kurang keluar dan dilihat di tempat awam. Tapi ZulKulim ini masih aktif menulis dalam blognya. 

Anwar Ibrahim adalah sasaran utama setiap penulis terkini selepas "terlingkup" dalam PRU13 lalu.Tulisan-tulisan yang banyak berfokus kepada undi popular lebih bersifat penulisan 'dendam' dan fakta yang diajukan bersifat emosi dan marahkan Anwar Ibrahim.

Nama Zulkifli Nordin sudah tidak kelihatan di media massa seperti sebelum ini yang saban hari dengan macam-macam kenyataan, seolah-olah UMNO @ BN telah melupakannya. 

Mana tahu Zulkifli Nordin akan bertanding Ahli Jawatankuasa Tertinggi UMNO??Walaupun batang tubuhnya tak ada di media massa tapi nama Zulkifli Nordin kini muncul dan menjadi perbahasan. Adakah dia pula akan jadi kambing hitam atas kekalahan BN??

Semalam Timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu berkata percalonan ZulKulim adalah suatu strategi yang salah dan jika BN tak calonkan ZulKulim BN mungkin boleh dapat 20 kerusi lagi.

Kenyataan ini disokong Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Gan berkata pencalonan Zulkifli merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat difahami.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada UMNO sendiri mengkritik percalonan ZulKulim. 

Walaupun ada desas desus tak setuju sekadar cakap dalaman. Ada yang kata puak Muhyiddin masih belum buat keputusan muktamad untuk menyerang Najib.

Siapakah yang akan menjadi "Khalid Samad" dalam umno untuk membuka tirai menyerang Presiden bagi membuka ruang Presiden di pertandingkan dalam pemilihan nanti?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Setelah Menghilang Nama Zul Noordin Muncul Lagi"

Post a Comment

Close