PETUA CUKUP MUDAH BAGAIMANA MAU DILANTIK TIMBALAN MENTERI DALAM KABINET NAJIB RAZAK!!!!



Sesiapa nak jadi Timbalan Menteri dengan tidak payah bersusah payah masuk bertanding PRU sila ikut petua mudah ini...

1)  Tubuhkan satu NGO yang bersikap perkauman dan agama melampau... Maki hamun UMNO/BN siang malam, pagi petang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, empat minggu sebulan, 12 bulan setahun tanpa henti dan jemu.

2)  Buat tuntutan-tuntutan yang tidak masuk akal macam nak saman kerajaan British berbillion ringgit.

3)  Kerahkan semua ahli yang terpedaya dengan tuntutan tidak logik itu buat demo secara besar-besaran di Batu Caves...lawan sama polis sampai ada anggota polis pecah kepala.

4)  Bila suasana tidak boleh dikawal lagi, cabut lari keluar negara, kalau boleh ke United Kingdom..Duduk disana dan biarkan ahli-ahli di negara ini kena cekup di bawah ISA.

5)  Setelah beberapa lama keluar negara balik ke Malaysia dan terus buat tuntutan mengarut.

6)  Terus buat mogok lapar 21 hari kononnya akan mati kelaparan jika tuntutan tidak dipenuhi.

7)  Selepas 21 hari buat aku janji dengan Najib Razak melalui MoU dan istiharkan ahli-ahli NGO kamu sokong padu kepimpinan Najib Razak.

8)  Masa PRU tak perlu bertanding mana-mana kerusi..jima masa, tenaga dan wang ringgit...Itu serahkan kepada UMNO dan komponen Barisan Nasional.

9)  Bila dah menang majoriti mudah tak perlu pun 2/3 majoriti tunggu saja nama diumumkan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mudah bukan?...Selamat mencuba nasib.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PETUA CUKUP MUDAH BAGAIMANA MAU DILANTIK TIMBALAN MENTERI DALAM KABINET NAJIB RAZAK!!!!"

Post a Comment

Close