Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?




Iya bukannya apa hanya sekeping gambar biasa saja yang tidak perlu pun menjadi kontroversi. Foto sebegini tidak lebih dari rakaman detik kenangan untuk disimpan dalam album peribadi. Tetapi ia menjadi salah kerana ia melibat individu penting dan orang ada jawatan penting dalam politik.  Pulak tu masa gambar ini di publishkan di saat orang semua panas kepala.

Kalau Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh bukan setiausaha Majlis Syura lamak PAS yang dianggap sebagai badan tertinggi di dalam PAS tidak ada dalam gambar ini, ia dilupakan begitu saja. Saya juga tidak 'hingin' melayan gambar ini yang dikirimkan kepada saya berkeping-keping ada yang kelabu asap sehingga sukar untuk mengesahkan ia tulen atau tidak.

Begitu juga kalau dalam gambar ini tidak ada bekas MB Perlis Shahidan Kassim dan presiden MCA Chua Soi Lek yang mengaku bermukah dan merakam adigen mukahan, tidak menjadi masalah. Kalau setakat seorang lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang Cina, ia tidak perlu dikisah.

Tetapi kerana ada watak-watak itu yang dianggap tidak relevan untuk digambari dan disusuli pula membuat isyarat syahadat 1Malaysia itulah menjadi masalahnya. Kalau pihak PAS boleh mengeksplotasikan perbuatan dan karektor orang Umno yang seolah cenderong kepada PAS begitu jugalah sebaliknya.

1 Malaysia adalah isyarat shadat Najib Razak. Apa lagi ketika ini ulamak dalam PAS dituduh cuba menjolok kawan seniri ia boleh menyebabkan isyarat dilakukan Zawawi itu untuki menjolok rakan sendiri.

Kita tahu dunia politik itu rencam dengan segala macam. Setiap aksi, kata, hatta batuk dalam politik sensitif dan akan diterjemah dengan berbagai tafsiran mengikut kehendak orang yang menterjemahkannya. Justeru hal-hal sebegini (foto) ini bukan perkara enteng boleh diabaikan begitu saja. Nik Zawawi perlu memberi penjelasan tuntas mengenai.

Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah. Iktibar ke atas kejadian sebgini perlulah diambil kira. 

Semalam saya telah menghantar satu SMS kepada beliau menerusi PM dalam Faxebook memita beliau jelaskan mengenai foto berkenaan. Tetapi masih belum menerima apa-apa perkhabaran hingga kini.  Mungkin beliau belum membacanya atau menganggap ia sebagaispam saja, kerana tidak penting. SMS saya itu tidak lebih sebagai tahi ayam kering saja.

Percayalah cerita gambar ini tidak akan berakhir disini saja. Ia akan terus dicakap dan diungkitkan. Apa lagi kalau kebetulan dalam pilihan raya nanti ulamak muda PAS ini turut sama bertanding dalam pilihan raya. Kalau Fatul Bari Mat Jahya boleh memberi penjelasan berhubung perkahwinan 'lari'nya di Siam saya tidak merasa Zawawi merasa begitu kelas untuk tidak menjawab dan memberi penjelasan mengenai gambar ini.

Entahlah kalau dia ini yang sekali imblas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu. [wm.kl.4: 13 pm 04/02/13]


Sumber MSO

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia...?"

Post a Comment

Close