SURAT DARI ANAK MUDA

STATUS HEBAT UNIVERSITI KITA

Salam bang isham...sori I nak tulis ni lari tajuk sikit. Ni pasal kenapala kita ni mendapat para pemimpin yang bodoh, bangang dan lembab. Tahap gaban gila. Nak cerita sikit pasal Research University. Semua IPTA nak jadi research university(baca duit banyak). Salah satu syarat dia mesti ada ramai foreign student peringkat master dgn phd. Jadi sekarang punyala ramai IPTA kita bawak masuk pelajar asing. Yg kelakor paling ramai dari middle east dan Afrika. Depa ni betul2 kartun sebijik hapa pun tak tau. Bahasa Inggeris pun tak tau. Imagine ada satu IPTA ni ada 2ribu pelajar baru orang asing...kebanyakan iran...dan bbr arab countries. Kerja depa, copy paste dari internet bila buat presentation, copy journal paste kan power point
pastu baca.. Kelakar gila. Tak masuk bab tulis tesis lagi....Ada ramai penulis tesis...kalau master 5-8 ribu, phd.8-10 ribu.(kebanyakan buat kerja ni Nigerian). Macamana nak produce kualiti work..Sapa yang buat polisi research univerisity ni..Pastu banyak pengedar dadahla..student jadi pelacurla...macam2. Depa ni bukan nak belajar. Depa nak free degree di samping mencari peluang sampingan..Saya betul marah..APasal menteri kita kat Kementerian2 bodoh sangat. Bodoh..dan bodoh..1000 kali. Kenapala ada orang undi depa. Polisi kementerian baik pelajaran atau pengajian tinggi macam taik kucing. Simple macam Akta University sampai sekarang tak settle, tetiba ada polisi baru yang tak berkaitan dengan kualiti langsung. Lepas tu Melayu nak mulia. Pirahhh!!!Haprak



INI SATU LAGI

Saya belajar universiti yang termasuk dalam "Surat Dari Anak Muda" ni. Tepatlah apa yang di katakan. Sangat ramai pelajar asing yang bertandang. Kualiti mereka? Bukanlah bagus sangat. Mereka datang sebagai memenuhi hasrat orang-orang atasan yang ingin jadikan universiti kita peringkat itu, peringkat ini sedangkan mahasiswa kita - semua orang tahu kualitinya. Berada di universiti tidak ubah seperti belajar di sekolah - pakaian hendak pakai ke kuliah di tentukan, itu tidak boleh, ini tidak boleh. Itu belum termasuk sisi-sis lain [ baca: undang-undang universiti yang merepek ]. Kalau hendak di adakan majlis ilmu HEP selalu bagi macam-macam alasan. Saya SU Kelab Sains Politik. Bila saya hantar cadangan, mereka cakap " Tak boleh di bincangkan di khalayak umum - menganggu sentiviti kaum". Hinggalah hendak buat blog kelab juga tidak boleh - kerana kami kelab politik. Takut sangat mereka dengan politik mahasiswa tapi hantar pelajar dengar ucapan Hishamuddin secara senyap-senyap boleh pula.




LIHAT DAN FAHAM




nota:
gedung ilmu kita kini
menjadi gedung pengeluar buruh
yang tidak boleh berfikir dengn kritis dan tajam

lihat apa yang amat amat dipenting!
bukan isi keilmuan dalam otak
tetapi pakaian luaran yang tidak penting langsung

semuanya telah merosot
selama lebih kurang 30 tahun ini
gedung gedung ilmu telah gagal dengan fungsi keilmuannya

jikan anak anak muda tidak begerak mengubah keadaan
keadaan akan menjadi lebih buruk
kaki bodek
kaki ampoo
kini duduk di gedung ilmu

tak caya?

sila tanya rektor aswara
berapa ramai pelajar aswara
yang dijadikan penyambut tamu dan penyedap mata
ketika gerombolan sedang bersidang?

sila tanya ketua dekan faluti tarian aswara
berapa ramai pelajar tarian digunakan
untuk menghibur gerombolan yang sedang bersidang


nota:

bayangkan kalau kita dapat
tangkap jin dan hantu yang ganggu siti balqis
kehidupan bani melayu pasti berubah
kita tak perlu berfikir, turun ke sawah lagi
kita betul betul jadi tuan

inilah yang dinamakan ketuanan melayu
kita menadi tuan kepada jin dan hantu kah kah kah

kredit tukar tiub

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SURAT DARI ANAK MUDA"

Post a Comment

Close