Hari ni CiLiK© nak kongsikan kepada semua pembaca tentang satu surat bertarikh 16 Ogos 1999 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir kepada Perdana Menteri Israel Pada Ketika itu Ehud Barak. Sebelum ini kita dah lihat bagaimana Najib bersetongkol dengan Yahudi, rujuk sini Bukti Najib bersetongkol dengan Yahudi, Namun surat ini membuktikan hubungan Kerajaan dengan Israel sudah terjalin semenjak zaman Mahathir lagi.
Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.
Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya,Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!
Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untukmembenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.
Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image

CiLiK©: Mungkin surat ini boleh menceritakan sesuatu tentang bagaimana Bendera Yahudi (Israel) ini boleh berkibar megah di bangunan UMNO PWTC.
0 Response to "MiLo SuaM: Surat Mahathir kepada PM Israel"
Post a Comment