Penulis Tamu - pendikar gunung kriang
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin seperti yang dilaporkan Bernama berkata beliau akan berjumpa dan meminta maaf kepada individu tertentu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menjadi mangsa "fitnah" melibatkannya.
“Saya dah jumpa, dah cerita dan minta maaf kepada orang tertentu yang kena fitnah disebabkan duti yang telah saya laksanakan. Alhamdulillah diterima baik."
Baguslah jika Zul hendak minta maaf kepada orang yang dia rasa telah melakukan kesalahan. Asal tiada udang di sebalik mee sudahlah, kan?
Cuma satu lagi yang pasti ramai orang tertanya-tanya ialah bila pula Zul nak minta maaf kepada pengundi-pengundi Parlimen Kulim yang memilih PKR dalam pilihanraya lalu, tetapi Zul yang sudah bukan ahli PKR masih tak ingin letak jawatan sebagai MP?
Jika Zul jujur, lepas minta maaf dengan orang-orang besar di Putrajaya, dia perlu balik Kulim dan meminta maaf dengan pengundi-pengundi Kulim pula.
~ pendikar gunung kriang
0 Response to "KedahLanie..!!: Lepas Jumpa PM, Zul Perlu Minta Maaf Dengan Orang Kulim Pula!!!"
Post a Comment