Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Paling Bersejarah!

RAKYAT Kelantan tentu merasa gembira dan bahagia kerana majlis penganugerahan darjah-darjah kebesaran yang dilakukan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Fakry Petra Ibni Sultan Ismail Perta hari berlangsung dengan jaya dan selamatnya.

Tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku di sepanjang majlis penganugerahan yang berlangsung di Balai Besar Kota Bharu pagi ini. Remours seelum ini kononnya ada pihak yang akan membuat injuksi di mahkamah menghalang majlis berkenaan juga tidak berlaku.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamad yang turut hadir memaklumkan majlis hari ini paling berjaya dan bersejarah. Katanya banyak sejarah yang tercatat hari ini dan boleh dibanggakan. Sudah tentu ianya mengenai penganugerahan darjah kebesaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga timbalannya Ahmad Yaacob dan beberapa tokoh politik yang lain.

Nik Aziz dianugerahkan darjah Kehormatan Negeri Kelantan yang membawa gelaran kebesaran Datuk Bentara Setia. Beliau juga menjadi kepala penerima darjah-darjah kebesaran hari ini. Dengan menerima darjah kebesaran itu Nik Aziz mendahului 80 penerima darjah kebesaran lain termasuk oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia.

Manakala Ahmad Yaacob pula menerima Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia, kelas Pertama.

Bekas wakil rakyat Jeli, Apandi Mohamad pula yang turut mnghubungi saya menyatakan perasaan gembira dan kagum yang sama. Menurutnya belum ada dalam sejarah penganugerahan darjah kebesaran di mana golongan ulama dan ustaz diberi anugerah seumpama itu.

Antara ulama dan ustaz yang turut menerima anugerah ialah, Sepekar Dun Kelantan, Ustaz Nasiruddin Daud, Mundir Pondok Pasir Tumbuh, Hashim Abu Bakar tokoh akademi Dr Johari Mat, dan lain-lain. Penganugerahan kepada golongan ulama dan ustaz ini menandakan keprihatinan Pemangu Raja kepada jasa dan bakti mereka untuk negeri Kelantan.

Lain-lain penerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk ialah, anggota Exco Kerajaan Kelantan M (B) Anizan Abdul Rahman.

Majlis penganugerahan darjah kebesaran hari ini menjadi konterovesi beberapa hari lalu apabila Setiausaha Sulit Kelantan, (yang diragui kesahihan perlantikannya), Wan Hashim Wan Daud mengistyharkan bahawa majlis itu dibatalkan. Bagaimana pun kontrovesi itu tamat apabila polis telah menahan Wan Hashim selama tiga hari dalam lokap untuk disiasat kerana dituduh melakukan penyamaran. Bagaimana pun beliau telah dibebaskan semalam.

Kerabat diraja Kelantan termasuk adianda Pemangku Raja semua berangkat kecuali Tengku Muhammad Fakry dan Tengku Puteri Aishah Amalin. Bonda baginda, yang juga Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis juga tidak kelihatan. Tengku Razaleigh Hamzah yang juga selaku Timbalan Pengerusi Majlis Perajaan Kelantan hadir.

Mudah-mudahan dengan selamatnya majlis penganugerahan hari ini pergeseran yang berlaku dalam istana Kelantan akan turut berakhir dan negeri Kelantan akan aman dan makmur serta puliha seperti sedia kala.
MSO.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Paling Bersejarah!"

Post a Comment

Close