Najib dan Muhyiddin dahului pencalonan
Oct 11, 08 5:42pm
Sehingga hari ini, selepas tiga bahagian Umno selesai mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat tiga pencalonan bagi jawatan presiden.
muhyiddin yassin and najib and umnoManakala Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mendapatkan tiga pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.
Sehingga ini, tiada pemimpin lain yang dicalonkan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno itu.
Bagi jawatan presiden, Najib memerlukan sekurang-kurangnya 58 pencalonan manakala Muhyiddin pula memerlukan sekurang-kurangnya 38 pencalonan.
lagi... Malaysiakini
Tapi lain Ceritanya disini.....
NAJIB ARAH BUAT BILIK KHAS UNTUK ROSMAH DI KEMENTERIAN KEWANGAN?
Selepas kami melencung kepada soal Pas dan Anwar Ibrahim (PKR) tiba-tiba dia kembali semula kepada soal Najib. Ini benar-benar mengejutkan saya dan agak sukar untuk dipercayai. "You tahu belum apa-apa Najib dah arahkan supaya buat ofis Rosmah (foto) di MOF - Kementerian Kewangan?" katanya serius. "Untuk apa, apa kapasiti Rosmah nak duduk di MOF, apa dia nak jaga ekonomi negara?" saya membalas memancing beliau. Timbul rasa tidak percaya kerana berita itu bersifat tuduhan liar dan agak melampau. "Tak tahulah tapi itu yang diceritakan kepada saya oleh pegawai MOF semalam..." balasnya ringkas tetapi serius. Tiba-tiba telefonya berdering. Saya hanya mendengar sambil makan perbualannya. Dari perbualan itu saya dapat menangkap orang dalam telefon itu ada menyebut soal arahan Najib itu berpandukan kepada jawabannya... "iyalah saya pun tahu semalam, untuk apa ofis Rosmah..." kata kawan itu kepada orang dalam telefon. Sumber asal... MSO
Dan juga lagi disini......
Pagi tadi ketika pulang dari Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 11 pagi, ternampak satu banner digantung yang berbunyi, “Rakyat Merayu kepada Pak Lah Agar Tidak Serah Malaysia Kepada Penjenayah”. Di banner tersebut terdapat gambar Altantuya Shaariibuu, Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Tanpa membuang masa, kereta pun dihentikan dan gambar diambil.Kebanyakkan kereta yang melalui jalan tersebut memperlahankan kenderaan untuk melihat banner tersebut.
Sumber Amin Iskandar
0 Response to "Malaysia dapat PM wanita pertama...?~ Malaysiakini"
Post a Comment