"Non-Muslims Friends of PAS"
Sememangnya undi orang-orang UMNO dan juga bukan Islam telah sedikit sebanyak turut membantu kemenangan PAS di beberapa kawasan pilihanraya pada PRU ke-12 yang lalu. Sokongan bukan Islam kepada PAS itu datangnya bukan saja dari “protest votes” tetapi juga dari golongan bukan Islam yang sudah menerima PAS sebagai parti moderate yang bertindak adil dan saksama terhadap semua seperti mana yang terbukti di Kelantan.
"Protest votes '' selalunya berubah mengikut isu semasa manakala golongan bukan Islam yang sudah beranggapan baik terhadap PAS boleh diracuni minda mereka seperti yang sedang cuba dilakukan oleh 'kawan' kita, DAP. Oleh demikian PAS perlu mewujudkan mekanisma untuk terus mendampingi bukan Islam. Memandangkan bukan Islam tidak boleh menjadi ahli sepenuh maka saya ingin cadangkan ditubuhkan kelab bukan Islam sahabat kepada PAS atau kelab “Non-Muslims Friends of PAS”.
Kelab "Non-Muslims Friends of PAS" yang dicadangkan ini bertujuan melalui agenda dan aktivitinya untuk memastikan interaksi positif ditahap yang tinggi secara berterusan antara bukan Islam dan PAS.
Dalam usaha mendampingi bukan Islam secara berterusan ini, PAS perlu menghapuskan rasa kurang senang di pihak DAP. DAP dikatakan berasa terancam dengan adanya pemindahan undi bukan Islam kepada PAS pada PRU ke-12. DAP juga kononnya kurang senang melihat ada bukan Islam yang sudah hilang rasa takut terhadap pemerintahan ala Islam yang hendak diwujudkan oleh PAS.
DAP dikatakan menganggap perkembangan ini sebagai ancaman dan dengan itu telah meningkatkan serangan terhadap perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam. Serangan-serangan DAP tersebut bertujuan untuk kembalikan rasa takut golongan bukan Islam terhadap PAS.
DAP berharap isu-isu agama seperti isu azan secara langsung atau tidak langsung akan membuat golongan bukan Islam kembali takut kepada PAS.
DAP harus menerima bahawa semakin ramai golongan bukan Islam mahu berdamping dengan PAS, dan perdampingan ini sesuatu yang baik dan positif terutamanya dari segi memupuk persefahaman dan keharmonian antara agama.
Kita orang PAS perlu terima hakikat bahawa politik negara sering berubah-ubah, dan undi bukan Islam yang kita terima itu akan turut berubah mengikut situasi dan keadaan. Maka kita perlu berusaha untuk cuba memastikan undi bukan Islam yang kita terima itu akan terus kita terima pada PRU yang akan datang. Kalau hilang pun tidak kesemuanya.
Sememangnya sudah ada orang-orang bukan Islam yang memahami PAS dan melihat PAS sebagai golongan yang moderate yang bertindak adil dan saksama terhadap semua. Prestasi PAS sudah lama terbukti di Kelantan. Maka perlu ada interaksi berterusan dengan golongan ini dan perlu diadakan kajian bagaimana mereka boleh dibawa masuk ke dalam “mainstream of activities” parti PAS. Kelab “Non-Muslims Friends of PAS” boleh menjadi antara mekanisma tersebut.
Kita dampingi bukan Islam secara berterusan dan bukan hanya menjelang pilihanraya. Terserahlah kepada golongan bijak pandai PAS untuk mengubal Terms of Reference dan lain-lainnya bagi mewujudkan kelab “Non-Muslims Friends of PAS” yang dicadangkan ini.
Dan amat penting sekali bagi kita bertindak 'consistent' dan berterus terang. Kita mesti sentiasa berterus terang kepada golongan bukan Islam yang perjuangan kita adalah untuk memartabatkan Islam dan kita mahu melaksanakan antara lainnya hukum hudud ke atas orang Islam dengan pilihan diberi kepada bukan Islam untuk samada menerimanya atau terus termaktub di bawah undang-undang sekular yang ada.
Kita mesti terus kekal memberitahu kaum bukan Islam bahawa PAS tidak akan menyertai kerajaan persekutuan yang baru yang hendak ditubuh oleh Anwar Ibrahim jika kerajaan tersebut majoritinya bukan Islam. Ini dasar PAS yang telah dinyatakan dengan tegas dan dengan berulangkali oleh Presiden kita, Tok Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang.
Kalau kita berterus terang dan tidak cakap lain di sini lain dan lain di sana, saya pasti akan bertambah nanti kepercayaan golongan bukan Islam terhadap PAS. Jangan kita berkelakuan seperti sesetengah ahli politik yang bila dengan Melayu cakap lain, dengan Cina cakap lain dan kepada India goreng lain hinggakan dipanggil 'cameleon'.
Kita berusaha dan kita berserah kepada Allah SWT. Allah SWT yang menentukan segala-galanya.
Tarabulsi
6 Oktober 2008.
Seumber asal Tranungkite Online
0 Response to "Kelab "Non-Muslims Friends of PAS""
Post a Comment