Sedekah di bulan Ramadhan.

Amalan Sedekah

Amalan sedekah iaitu pemberian berupa sesuatu yang berguna bagi orang lain yang memerlukan bantuan (fakir-fakir miskin) dengan tujuan beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata. Islam sangat mengalakkan umatnya bersedekah dengan sepertiga harta bendanya atau kurang daripada itu, untuk mengurangi penderitaan orang lain yang memerlukan bantuan serta menjauhkan sifat sombong didalam diri.
Zakat Fitrah merupakan sedekah yang wajib bagi umat islam yang mampu, dan didasari dengan niat yang ikhlas. sedekah tidak hanya terbatas pada pemberian berupa harta benda saja. Sedekah juga boleh berlaku pada sesuatu selain harta benda yang bermanfa'at, seperti: memeberi senyuman, menyampaikan ilmu, mendamaikan orang yang sedang bertengkar, dan sebagainya.Sedekah Sirri iaitu sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah sedekah yang terbaik. "Tujuh golongan yang dapat pertolongan daripada Allah S.W.T. pada hari tiada pertolongan (Hari Kiamat) kecuali pertolongan daripada Allah S.W.T. :..seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya itu sehinggakan tidak diketahui tangan kanannya apa yang diberi oleh tangan kirinya itu" (Riwayat imam muslim). Hadith ini menmberitakan kepada kita tentang kelebihan orang yang bersedekah dengan menyembunyikan sedekahnya.
Sedekah Jariah ertinya sedekah yang pahalanya mengalir terus selama mana benda yang disedekahkan itu masih ada. Sedekah ini merupakan sedekah yang paling baik atas dasar pahala yang mengalir terus menerus jika diamalkan oleh orang lain.
Kalimah lain yang digunakan didalam mushaf selain sedekah ialah 'infaq', ini boleh dirujuk berpandukan ayat-ayat Al-Quran dari surah yang kedua (Al-Baqaroh) dari ayat 215, 261, 262, 264, 265, 271, 272, 276, dan dari surah yang ketiga (Al-Imran) dari ayat 92, dan pada surah yang keempat (An-Nisa') dari ayat 114, dan dari surah yang kesembilan (At-Taubah) dari ayat 58, 79,104, dan pada surah yang ketiga puluh empat (Saba') dari ayat 39.
Tentang fadhilah sedekah. ade beberapa Hadith Nabi S.A.W. yang menyebutkan tentangnya, sebagai contoh dari hadith ini.."Sedekah dapat menambah umur, mencegah pengakhiran hidup yang 'suq' dan Allah S.W.T. akan mengilangkan keangkuhan dan kesombongan dengan sedekah tersebut"(Hadith Riwayat Abu Bakar Ibnu Muqsim, dari 'Amer bin 'Auf). "Sedekah yang paling utama ialah seorang muslim yang menuntut ilmu, kemudian dia mengajarkan kepada saudaranya yang muslim"(Hadith Riwayat Ibnu Majah, dari Abu Hurairoh.

Sumber asal dipetik dari Simfoni Perjalanan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sedekah di bulan Ramadhan."

Post a Comment

Close