PR Bersalin Songsang.....

Macam wanita bersalin songsang’
PASIR PUTEH 17 Sept. – Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyifatkan usaha pembentukan kerajaan baru pakatan pembangkang yang gagal dilaksanakan semalam, umpama wanita mahu bersalin tetapi menghadapi masalah kandungan songsang.

Menurut beliau, kerajaan baru itu tetap akan dibentuk tidak lama lagi dan pakatan pembangkang sedang berusaha untuk memastikan ia berlaku.

“Situasinya adalah seperti wanita akan bersalin tetapi susah kerana kandungannya songsang tetapi akan tetap bersalin, yang penting bagi doktor, memastikan keselamatan bakal anak dan ibunya terjamin.

“Peringkat sekarang, kita tengah letak minyak selusuh di atas perut ibu supaya cepat dan mudah bersalin dengan penuh selamat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas dakwaan pembentukan kerajaan baru semalam tetapi tidak menjadi kenyataan, Husam berkata, ia tetap akan berlaku dengan segala persiapan asas dan teknikal telah lengkap termasuk sasaran menarik Ahli Parlimen menyertai pakatan pembangkang cuma menanti masa yang sesuai.

Katanya, pakatan pembangkang mahu pembentukan kerajaan itu kelak berjalan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.

Dalam pada itu, Husam menafikan beliau adalah dalang utama yang menyebabkan berlaku percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pas berhubung usaha membentuk kerajaan baru yang tidak menjadi semalam.

macam macam analogi yg diberi...
susah susah nak 'beranak songsang' tu elok di bedah saja...
ibu nak beranak songsang mana boleh dibiar lama2..nanti lemas 'baby' tu...


 

Sumber dari Forum Tranungkite

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PR Bersalin Songsang....."

Post a Comment

Close