UMNO Sudah Serah Kerusi Shah Alam pada PAS


Adapun pencalonan Zul Nordin di Shah Alam adalah bukti jelas UMNO telah give up di Parlimen Shah Alam. Agaknya, dia pusing macamanapun, dia tengok dia tak boleh pergi di Shah Alam tu.


Cumanya, dgn Zul Nordin bertanding di Shah Alam, dia akan mendapat "platfform" untuk memfitnah dan berdusta ke atas Pakatan Rakyat serta Anwar Ibrahim.

Selepas ini TV dan media UMNO mempunyai sebab untuk mengambil kenyataan2 dari beliau di dalam menyebarkan kata2 kesat serta maki hamun yang tidak boleh diungkapkan oleh pimpinan2 UMNO yang lain.

Tulang Besi mencadangkan supaya pimpinan2 Pakatan Rakyat jangan melayan provokasi serta cacian2 yang bakal keluar dari mulut Zul Nordin ini.

Malahan, dengan bertandingnya beliau ini, Pakatan Selangor dan Malaysia berpeluang mendapat undi India yang tinggi kali ini. Pencalonan Zul Nordin melambangkan sokongan Dato Najib terhadap kutukan dan kata nista Zul Nordin terhadap agama Hindu serta sembahan agama Hindu.

Adapun Khalid Samad boleh berehat sedikit dengan pencalonan seorang manusia yang tiada prinsip dan sanggup menjual agama untuk tujuan politik murahan.

Akhir kata, mungkin Dato Najib terlupa sokongan kaum India yang bakal dikompromi dengan tercalonnya manusia jahat seperti Zul Nordin ini.

Gunakanlah peluang ini sepenuhnya, wahai Pakatan Rakyat.

TULANG

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO Sudah Serah Kerusi Shah Alam pada PAS"

Post a Comment

Close