Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.
Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.
Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.
Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.
Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.
Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.
Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.
0 Response to "Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara"
Post a Comment