BENAR! DALAM PAS ADA 'MOSAD'...?

Oleh Warkah Daily

WarkahDaily merasakan, selagi PRU 13 tidak berlaku, selagi itulah Umno-BN ini akan berusaha sedaya upaya melemahkan PAS-PR. Serangan secara terangan tidak mudah menembusi pemimpin dan ahli-ahli PAS, maka satu strategi berani golongan ini ialah menyelinap dalam PAS.

Seperti Israel ingin melemahkan kumpulan pejuang Islam Palestin, mereka menghantar perisik Mosad untuk menyelinap dalam ‘keluarga’ jamaah Islam Palestin seperti Hamas. Maka dengan senang, mereka dapat membunuh pemimpin Hamas dengan memberi dadah secara diam-diam agar moral kekentalan pejuang Islam Hamas akan dapat ‘dibunuh’.


Sekarang ini, PAS mengalami perkara yang sama. PAS tidak dapat dinafikan mendapat perhatian daripada musuh kerana perjuangannya semakin diterima dan mendapat sokongan termasuk bukan Islam.

Jadi, satu usaha dilakukan bagi menghalang perkembangan terus berlaku. Mereka merancang untuk menghancurkan PAS dari dalam dengan menghantar ‘perisik-perisik’ atau pun ‘ejen-ejen’ ala-ala Mosad, CIA untuk menyamar sebagai ahli PAS dan penyokong PAS.



Jika melihat kepada modus operandi mereka ini, seolah-olah mereka ini sudah lama terlatih bagi merosakkan PAS sedikit demi sedikit secara dalaman.

Kekentalan pejuang-pejuang PAS tidak mudah dileraikan. Lebih-lebih lagi melalui kepimpinan ulamak yang menjadi tonggak kepimpinan yang bersih dan amanah.
Di sini, mereka tahu orang PAS begitu menghormati kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA), lalu mereka cuba memberi sokongan palsu terhadap TGNA dengan mencipta kumpulan-kumpulan dalam PAS.

Dalam PAS, Terengganu dan Kelantan dilihat sebagai sumber kekuatan PAS. Jadi bagi mereka ini, PAS kedua-dua negeri ini harus dipisahkan dengan perbalahan. Mereka pun mula mencipta team Terengganu (Presiden PAS) dan team Kelantan (TGNA).
Maka mulalah mereka mencari isu yang boleh dimanipulasikan. Antaranya WarkahDaily mengambil satu isu kontroversi iaitu ‘kerajaan perpaduan’ (UG).

Tidak dinafikan, Presiden PAS telah menyuarakan idea UG. Namun belum sempat dihurai secara ilmiah, puak-puak ‘Mosad’ ini cuba mencucuk jarum, meracuni penyokong-penyokong PAS yang berdarah panas dengan dakwaan tidak berasas.

Mereka menuduh kononnya Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) ingin membawa PAS masuk Umno. Mereka pun mula mengaku sebagai ahli PAS dan penyokong PAS yang kononnya risau dengan perkembangan itu. Konon sayangkan jamaah, maka mereka mendakwa ingin membongkarkan isu berkaitan UG. Padahal UG hanyalah idea sahaja dan belum lagi diperincikan bentuk-bentuknya, cuma andaian yang direka-reka demi menolak idea presiden.

Maka diapi-apikan kononnya TGHH dan timbalannya ingin membawa PAS menyertai Umno. Api-api fitnah mula marak, hingga sampai ke pengetahuan TGNA, maka atas kapasiti Mursyidul Am PAS, TGNA pun cuba meleraikan kekusutan itu dengan memanggil mesyuarat tergempar untuk membincang perkara itu. Selepas sesi penerangan selesai, TGNA telah pun mendapat penerangan dan bersetuju untuk mengadakan seminar dan bukannya mesyuarat tergempar.

Maka puak-puak pengadu domba ini pun menubuh kumpulan yang memberi sokongan kepada TGNA untuk mendesak PAS mengadakan EGM. Mereka mendakwa bersama-sama TGNA. Padahal, TGNA dapat menerima EGM tidak diadakan. Kenapa mereka ini lebih-lebih pulak.



Dalam seminar, TGHH telah menegaskan UG tidak berbangkit lagi selepas ianya dimanipulasi dan diputar belit oleh media pro Umno untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP.

PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya dalam konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di Selangor tahun lepas, bahawa akan memperkukuhkan Pakatan dan PAS akan terus bersama-sama dengan PR untuk meruntuhkan kerajaan zalim, BN.

Maka sejak itu, isu UG telah hilang, cuma ada suara yang hidup segan mati tak mahu cuba menghidupkan kembali isu ini. Isu itu dilihat sudah tidak relevan lagi selepas PAS dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Tetapi dalam diam-diam, rupa-rupanya ada sejenis manusia yang tidak senang dengan perubahan itu. Mereka merasakan ‘projek’ melemahkan PAS akan berkubur begitu sahaja jika keadaan ini berterusan.

Maka pelbagai usaha, antaranya memprovokasi pemimpin PAS dalam sidang media, menghidupkan kembali isu UG yang telah pun ‘dimatikan’.



Namun, isu lompat parti telah menenggelamkan ‘projek’ pencacai untuk melemahkan kepimpinan PAS. PAS dituduh merosakkan PR tiba-tiba orang lain yang melompat (khianat).

Walaupun hari ini isu lompat parti masih lagi hangat, namun puak-puak pencacai ini masih lagi tidak mengalah. Ada sahaja isu yang berkaitan perpaduan diperbesarkan, seolah-olah UG masih lagi ‘hidup’.

Puak-puak ini tak akan berhenti mencerca, menfitnah kepimpinan PAS. Padahal keadaan dah mula reda, tetapi elok nak, mereka bangkitkan semula. Seolah-olah sengaja menjadikan keadaan semakin hangat. Maka mudahlah bagi mereka untuk melemahkan PAS.
Apa motif mereka, hanya Umno yg tahu, sebabnya mereka adalah upahan Umno utk hancurkan PAS secara diam-diam.

Mereka cuba hancurkan PAS dengan mencipta krisis kepimpinan. Mereka target agar ahli-ahli PAS tidak lagi percaya kepada pemimpinnya sendiri.

Yang sedihnya, ada juga yang terpengaruh dgn rentak permainan pencacai ini walaupun bergelar pemimpin PAS, tidak kira peringkat, boleh dikatakan terpengaruh dengan permainan mereka ini.

Sedaya upaya golongan ini mencari isu agar boleh memberi persepsi buruk terhadap pemimpin atasan PAS. Mereka merancang, Allah juga merancang, sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah. Maka tanpa mereka sedar atau memang mereka sengaja, menyerlahkan mereka adalah pencacai Umno, mereka menjadikan berita pro Umno yang selalu dilaung-laungkan perkataan boikot.



Dengan hanya bersandarkan berita yang tiada ketahuan dari mana sumbernya, apakah berita itu betul-betul ikhlas penyampaiannya dan apakah olahannya bertepatan dengan apa yang diucapkan pemimpin PAS yang sengaja diputar belit atau tidak, mereka sewenang-wenangnya menjadikan sumber itu sebagai bukti untuk cerita fitnah mereka.

Bagi pencacai, mereka akan tetap serang kepimpinan PAS sehingga PRU 13. Jika kembali reda, mereka akan bangkit lagi dengan pelbagai cerita bohong. Asalkan krisis kepimpinan yg mereka cipta itu bakal melemahkan PAS dan menyebabkan PRU 13 ini, Umno dilihat masih lagi relevan kerana masyarakat menganggap PAS-PR dibelenggu kepimpinan yang serius. Padahal ianya merupa persepsi yang sengaja bagi tujaun dan niat yang jahat.

Jika diforum web dan blog, mereka sengaja melaga-lagakan penyokong Pakatan dan mengapi-apikan ahli-ahli PAS. Mereka memcipta pelbagai watak dalam forum padahal watak-watak itu semua merupakan dari kumpulan pencacai juga.

Isu dicipta mereka dengan fitnah, maka pasukan mereka ini akan membentuk pasukan pro dan kontra. Konon ada pergaduhan dan perbalahan. Padahal semua mereka semua satu pasukan. Ada segelintir kita yang terperangkap dengan sentimen fitnah pemimpin itu dan termakan sama untuk kutuk mengutuk sesama sendiri. Sehingga keluarlah bahasa-bahasa yang tidak sepatutnya keluar dari mulut atau tulisan seorang pejuang jamaah Islam.

WarkahDaily menganggap, isu ini tidak akan berhenti begitu sahaja dan akan berterusan sehingga PRU 13. Sedikit sebanyak, PAS dilihat terpaksa menerima kesan dari isu terbabit. Maka ketika itu, melompatlah golongan pencacai kerana dapat pertahankan Umno secara diam-diam.

----------------------

Komen wa: Artikel ini dikeluarkan lama sebelum Anwar membongkar bahawa Najib telah meminta tolong Apco Worldwide untuk membantu Umno/BN dalam banyak hal.

Benar, PRU13 bukan lagi Pakatan melawan Kerajaan Malaysia, tetapi melawan Kerajaan Israel dengan perisik dan intelligent dari Apco!

Awas! Mereka bekeliaran sesama kita...dan mereka amat berbahaya!

(Penembak Babi)

" Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda. Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BENAR! DALAM PAS ADA 'MOSAD'...?"

Post a Comment

Close