Tukar Tiub: SATU ARAHAN BARU !

Tukar Tiub: SATU ARAHAN BARU !


ARAHAN: IKAN MASIN WAJIB KURANGKAN GARAM UNTUK MENGELAK DARI DARAH TINGGI



JOHOR : HARGA IKAN NAIK MENDADAK DI MUAR

Harga ikan di sini meningkat secara mendadak semalam berikutan pengimport mula memboikot kemasukan ikan daripada Thailand dan Indonesia mulai Isnin lalu disebabkan tidak bersetuju dengan langkah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mewajibkan ikan yang diimport perlu disimpan di dalam kotak berinsulasi.

Kira-kira 20 peratus daripada 500 nelayan laut dalam sepanjang Muar-Bagan bergegas ke laut semalam untuk menangkap ikan berikutan keputusan LKIM, namun kurang separuh daripada mereka mampu mendapatkan pulangan modal cukup makan bagi kos perjalanan pergi ke laut yang dianggarkan RM200.

Penjual ikan di Pasar Parit Jawa, Lim Ah Hong, berkata walaupun harga ikan baru kembali stabil selepas musim perayaan Tahun Baru Cina, ia mula melambung semula sejak Isnin lalu apabila pemborong memboikot ikan daripada Thailand dan Indonesia.

“Harga ikan melambung antara 15 hingga 20 peratus. Ikan tenggiri contohnya, hanya RM16 setengah kilogram sebelum ini tetapi kini menjadi RM18.30. Ikan cencaru pula naik 80 sen sekilo berbanding harga sebelum ini RM5.

“Bagi ikan yang besar pula seperti ikan merah dan kerapu kini berharga RM38 sekilo berbanding RM36, manakala ikan bawal mencecah RM35 berbanding RM32. Harga ikan dijangka melambung lagi menjelang Rabu dan Khamis ini berikutan stok ikan tempatan mulai berkurangan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Nelayan Muar-Batu Pahat berkata, Tan Yong Hwee, berkata boikot yang dilakukan ketika hasil tangkapan kurang memberangsangkan turut menjejaskan pendapatan nelayan.

“Apabila berita boikot diterima, nelayan bergegas ke laut untuk menangkap ikan tetapi hasilnya sungguh mengecewakan apabila hasil tangkapan di Selat Melaka sangat berkurangan berbanding dulu,” katanya.

KAH KAH KAH


woit... APA PUNYA MENTERI BAGI ARAHAN MACAM INI...kah kah kah..

woit...APA PUNYA MALAON....kah kah kah..

woit... INI PROJEK KRONI... kah kah kah..

woit... TAK ADA FASAL CARI FASAL.... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA ...BUAT KACAU... kah kah kah..

woit....MENYUSAHKAN ORANG RAMAI... kah kah kah...

woit... TAK ADA KERJA PERGI HANTUK KEPALA PADA DINDING...kah kah kah

kah kah kah... JANGAN BAGI SUSAH ORANG RAMAI... kah kah kah..

nota:
bila harga naik
pasti akan keluar nasehat
makan ayam dan sayur lebih baik dari ikan.

bila harga harga beras naik
pasti akan keluar nasehat
makan roti lebih baik dari nasi

bila harga leterik naik
pasti akan keluar nasehat
lampu minyak tanah lebih baik dari lampu leterik

bila harga barang naik kerana cukai
satu Malaysia tunggu kenyataan mat mongol
makan sehari sekali lebih sihat
kerana akan slim macam ziana zain kah kah kah

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tukar Tiub: SATU ARAHAN BARU !"

Post a Comment

Close