labun KulupSakah...: memang hampeh lagi bangang!

labun KulupSakah...: memang hampeh lagi bangang!

Farid datang ke kafe aku pagi tadi. Dah lama tak jumpa dia. Aku bukanlah kenal sangat cuma sekali dua saja duduk semeja. Kali pertama bertemu dulu terjadi perdebatan antara kami tentang ISA. Dia mahu ISA dikekalkan dan kami berdebat sampai muka dia naik merah. Aku tak nampaklah dia penyokong parti rasuah tu tapi mungkin kerana dia banyak menelaah utusan bangang maka sedikit sebanyak benih2 bahalol tersemai di kepala hotak dia. Dia juga mempersoalkan keberanian Anwar dan macam-macam lagi. Walaupun kami masing2 merah muka waktu itu tetapi kami setuju untuk terus berkawan dan berpolemik lagi. Beberapa pertemuan selepas itu hanya sekadar bertanya khabar dan sedikit saja perbincangan. Mungkin tak mahu menyentuh sensitiviti demi persahabatan. Setahun juga tak bertemu.

Setelah memesan minuman dan lempeng kelapa (hah! kalau datang sarapan kedai aku, sila cuba lempeng kelapa atau lempeng pisang kalau pun tak cekodok, kemudian cicah sambal...pehh! ) dia bertanyakan perkembangan terkini politik tanahair. Nak kena belasah mamat ni. Tapi nadanya berubah.....

"Terus terang cakaplah Lup, kes Sepol liwat ni memang betul2 bahalol dan bengong. Aku tak percaya langsung. Betul2 bodohkan rakyat. Toksah cakaplah pasal Sepol tu gagah takkan tak boleh bedal Anwar, banyak sangat benda mengarut. Dua hari tak beraklah..Hisyy!!"

"Kenapa kau kata lawak?"

"Yelah! Spenda jumpa kat rumah tunang, gel pulak dia yang simpan. Bila aku telaah semula kes lama 98 dulu, aku sedar ia skrip yang diulang tetapi dengan lebih rapi. Camana pun ia kantoi!" Dulu aku percaya malah sekarang pun ada yang percaya terutama bila puak2 bodoh tu guna modal budak MCKK memang ada ramai gay..kah kah! Kau tau Lup?"

"Apa?"

"Kawan2 aku bebudak Umno pun ramai tak caya. Silap2 kalau Anwar masuk dalam, perpecahan besar akan berlaku lebih hebat lagi."

"okeylah, tapi mengapa kau tak percaya kes ni?" tanya aku mengharap suatu jawapan.

"hahaha! Kau takkan tak tau, kan Anwar ni pakar retorik, sastera berbunga-bunga dengan bahasa indahnya, nyanyi pun sedap...tapi dengan Sepol dia hanya straight forward je can i fuck u? Longgar betul skrip ni."

Hahaha! Hari tu aku belanja dia makan lempeng free.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "labun KulupSakah...: memang hampeh lagi bangang!"

Post a Comment

Close