Tok Guru Nik Abd Aziz sihat-sihat jeee..... - Berita Terkini.

Oleh Sam Ahmad
Aku dapat tahu dari Blog Si Laser AmboX3 Azwan Ali.  Dia dapat SMS dari seorang rakan:
Lebih kurang begini bunyinya, “Azwan Ali yang dah bertaubat, saya baru pulang ziarah mak mertua saya di Institut Jantung Negara (IJN). Dan saya terkezut… ramai sangat VVIPs dari negeri Kelantan, termasuk kerabat kerabat di raja Kelantan, memenuhi ruang legar IJN.”
Azwan Ali kemudiannya bertanya, Siapa sakit?
“Datuk Nik Aziz.”  Kawannya jawab ringkas.
Ingat berita ini belum sahih!  Akan disahkan sebentar lagi.
kemaskini 2305 Baru sebentar tadi kami mendapat pengesahan bahawa betul beliau ke IJN, tetapi menurut sumber kami (DAP Melayu) beliau hanya muntah-muntah biasa saja.  Itupun pagi tadi.
Kami masih belum mendapat berita sahih tentang kesihatan Nik Aziz.
Seperti kata Azwan Ali, kita berdoa sajalah, mintak dijauhkan dari kesihatan yang buruk.
Kemaskini 2359 Baru sahaja saya diberitahu oleh seorang sahabat lama,  yang menantu TGNA memberitahunya bahawa TGNA sihat-sihat sahaja.   Ya, beliau dimasukkan ke IJN pagi tadi sebab demam biasa sahaja, tapi tiada muntah-muntah atau lain-lain komplikasi.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tok Guru Nik Abd Aziz sihat-sihat jeee..... - Berita Terkini."

Post a Comment

Close