ISU TAJAAN HAJI Tok Guru Nik Aziz oleh seorang individu sebanyak RM65,000 mendapat ruang yang begitu istimewa oleh akhbar-akhbar dan blog milik Umno BN dan musuh-musuh politik beliau. Mereka menggunakan ruang dan kesempatan yang ada ini semahu-mahunya bagaikan bulan telah jatuh ke riba, atau emas hadir dalam periuk nasi mereka.
Sebelum memberi sedikit komentar yang mungkin dianggap tidak berapa ilmiah oleh sesetengah pengunjung blog tuan ini, izinkan saya cerahkan dan hadamkan beberapa perkara yang memerlukan pertimbangan iman dan realiti sebenar di Kelantan.
Pertamanya, rasa hormat dan rasa terima kasih rakyat Kelantan terhadap golongan agama dan Tok Guru agama masih lagi yang teratas. Mereka ini tidak memuja artis sebagaimana lazimnya sesetengah pihak memuja artis bagai nak rak, mereka juga tidak memuja pembangunan sebagaimana lazimkan orang lain memuja pembangunan. Bagi mereka, Ulama mendapat tempat yang begitu istimewa dan mereka faham dan lumat akan maksud 'Ulama' adalah Pewaris Nabi'.
Penghargaan mereka terhadap Ulama' adalah pelbagai, salah satunya (bagi yang berkemampuan) adalah menaja pakej haji mana-mana Ulama' yang bagi mereka layak menerima penghargaan tersebut.
Sebelum TGNA dedahkan bahawa pemergiaan haji beliau pada 17 Nov ini ditaja seseorang, bukan tidak pernah tajaan seperti ini berlaku. Tanyalah mana-mana Ulama Besar di Kelantan ini, pasti mereka juga akan akui menerima tajaan tersebut. Itu sudah menjadi darah daging dan budaya turun temurun rakyat Kelantan; memulia dan meraikan Ulama'.
Zaman kegemilangan Tok Kenali dulu, beliau atau anak muridnya akan membawa sebiji bakul kalau ke pasar. Apa tujuannya? Tujuannya hanya satu, untuk memuatkan barang-barang dapur atau ikan, sayur dan apa saja yang disedekahkan oleh peniaga di pasar terbabit kepada beliau dan anak muridnya. Kalau kejadian itu dibawa ke hari ini, sudah tentu perlakuan itu nampak janggal dan tidak masuk akal, malah mungkin ada yang berani mendakwa Tok Kenali menerima rasuah. Tetapi benarkah dakwaan itu? Sudah tentunya tidak sebab itulah cara rakyat Kelantan memulia dan meraikan Ulama pada waktu itu.
Berbalik pada isu tajaan haji TGNA tadi, begitu jugalah roh dan semangatnya. Semua itu (penajaan haji) adalah atas sifat untuk memuliakan Ulama semata-mata dan meneruskan Budaya Orang Kelantan. Jadi apa yang pelik sangat? Kenapa perlu diperbesar-besarkan?
Keduanya, sebelum kalian semua membuat persepsi liar dan menilai TGNA, berapa orang yang sudah tambil menjunjung kasih mengadap beliau dan bertanyakan secara anak jantan atas dasar dan tujuan apakah tajaan haji tersebut, dan atas nas-nas apakah TGNA terima tajaan tersebut? Rasanya masing-masing sekadar bersandarkan persepsi dan telahan liar, dan bukannya datang dari mulut TGNA sendiri.
Ketiganya, tahukah kalian bahawa TGNA penuhi permintaan si penaja dan sanggup menerima tajaan haji tersebut semata-mata untuk memenuhi niat (nazar) seseorang? Kalian semua tidak tahu bukan? Habis kenapa semua perlu begitu cepat melatah kalau tidak tahu hujung pangkal? Kita sebagai ahli dan penyokong PAS sepatutnya berdiri teguh bersama-sama TGNA dan mempertahankan beliau dalam isu ini, bukannya turut tumpang semangkuk untuk menjatuhkan beliau.
Keempatnya, disinilah terletak SALAH TOK GURU. Isu ini terjadi sebenarnya berpunca daripada TGNA sendiri, SEMUANYA salah Tok Guru. Salah TGNA disini ialah SUKA SANGAT BERCAKAP BENAR. Orang moden yang berwadahkan 1Malaysia sekarang ini sudah tidak suka MANUSIA YANG BERCAKAP BENAR. Mereka lebih percayakan pembohong dan pemutarbelit daripada Ulama yang hidup dan matinya hanya untuk Islam. Sekian.
p/s: saya memberi keizinan penuh kepada blog tuan untuk menyiarkan pendapat saya ini memandangkan saya lihat blog tuan ini berani mengkritik perkara yang tidak betul didalam sesetengah benak pemimpin. Saya setuju ungkapan tuan bahawa 'terimalah pahit ubat, kerana sifat pahitnya itu untuk tujuan merawat'.
Selamat maju jaya dari,
Presiden TGNA FC.
http://pemudakemehe1.blogspot.com/
Don't be SILLY
GCF Global Launches Dec. 2
Grab Your FREE Spot Now
http://globalcashformula.com/index.php?siteid=brandonline
Nak Update facebook, twitter dan Blog dengan H/P tapi Tiada 3G, Tiada wi--Fi, Tiada Blackberry Tiada masalah sekarang Klik sini. MalaysiaSMS.com
0 Response to "Isu Tajaan Haji: SEMUANYA SALAH TOK GURU SEBAB..."
Post a Comment