Bila Biawak Disangka Rusa !


Saya bukan ahli PAS tetapi menyokong perjuangan PAS untuk menegakkan kerajaan yang adil dan berlandaskan prinsip perjuangan Islam. Soal negara Islam, sesuatu yang amat subjectif buat saya kerana itu saya selalu mengelak dan tidak mahu membincangkan pembentukkan negara Islam. Apa yang saya tahu saya ingin membetulkan Islam dalam diri saya terlebih dahulu.

Sejak sebelum wujudnya Pakatan Rakyat, undi saya pasti untuk PAS apabila penentang calon BN adalah PAS. Sebalik jika penentang BN- DAP, undi saya pastinya untuk BN. Undi rahsia! Tidak bagi saya. Itu dulu. Itu sebelum 1998. Sekarang walau sepupu saya sendiri bertanding atas tiket umno menentang calon Pakatan Rakyat, undi saya tetap untuk Pakatan Rakyat!!

Sejak hampir dua tahun berblog saya terlalu jarang menyentuh isu-isu besar dalam parti PAS, tetapi kini saya terpanggil untuk menitipkan sesuatu.

Sejak 10hb Nov 2009 pimpinan YAB Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan telah diuji dan dihujani dengan berbagai isu dan tohmahan. Secara peribadi saya menyokong penuh saranan agar menantu TGNA, Abdul Ariffahmi melepaskan jawatan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Malahan melantik menantu ke jawatan tersebut semasa TGNA masih berkuasa sebagai MB sudah dilihat salah dari segi prinsipnya.

Alhamdulillah, Abdul Ariffahmi telah menerima dengan baik cadangan untuk melepaskan jawatan yang penuh kontroversi itu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada blogger Kickdefella, Syed Azidi kerana telah berjaya mengeluarkan Abdul Ariffahmi dari PMBK, jika tidak ia akan terus menjadi bahan cerita dan umpan fitnah oleh pihak lawan. Saya tidak juga mengatakan Ariffahmi tidak berkelayakan untuk jawatan itu. Malahan Kickdefella juga tidak berkelayakan untuk mempersoalkan kelayakan Ariffahmi. Siapa Kickdefella untuk mempersoalkan orang yang diamanahkan oleh TGNA? Tetapi kenapakah dia begitu kemaruk membedil bukan hanya Ariffahmi tetapi dia turut membedil Tuan Guru Nik Aziz melalui titipan dalam blognya.


Jerangkung Bernyawa.

Andainya pada 10hb Nov 2009 Syed Azidi Syed Abdul Aziz tidak menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan sebagai pengurus perhubungan koporat dengan PMBK, saya percaya titipannya tidaklah seburuk yang dititipkan sejak tarikh itu hingga kini.

Menitipkan pandangan atau nasihat untuk membetulkan suatu kesilapan adalah amat dituntut. Tetapi apabila apa yang dititipkan berasaskan kepada perasan amarah dan dendam, maka pada ketika itu syaitan dan iblis yang mengerakkan jari jemari. Oleh yang demikian kepada saudara Syed Azidi, pohon saya saudara harus bermuhasabah.

Titipan kickdefella sejak perkhidmatannya ditamatkan semakin menampakkan wajah sebenar beliau yang penuh dengan dendam!! Sifat seperti ini biasa, terlalu biasa dalam tubuh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu!!

YB Husam tidak salah, mungkin tersilap. Kredibilitinya tercalar kerana dia tersilap pandang. Kekadang kita juga tersilap pandang, biawak disangka rusa!

Dari Syadad bin Aus r.a., dari Rasulullah saw., bahwa beliau berkata, ‘Orang yang pandai adalah yang menghisab (menghaluasi) dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah swt. (Imam Turmudzi, ia berkata, ‘Hadits ini adalah hadits hasan’)

Dipetik Dari Blog Kerajaan Rakyat


Nak Update facebook, twitter dan Blog dengan H/P tapi Tiada 3G, Tiada Wi-Fi, Tiada Blackberry Tiada masalah sekarang Klik sini. MalaysiaSMS.com

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bila Biawak Disangka Rusa !"

Post a Comment

Close