Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti? Gempar kat Umah Hasaan Ali...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.

Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.

Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.

Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.

Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!

Maka kena lah terima siapa sahaja yang hadir.

Sebenarnya saya telah menjemput ramai bloggers lain seperti :

  • Rockybru tengah demam selesema - tak dapat datang ~ kirim salam kpd Dato Dr Hassan Ali.
  • Sang Kelembai sms janji nak datang ~ tak hadir akhirnya.
  • Voice ~ jawab sms dan telefon kata tak dapat hadir.
  • Yusri Mohamad ~ tak jawab sms.
  • Azril Mohd Amin ~ sms kata tak dapat datang - ada urusan lain.
  • Dato Kamal Amir ~ sms kata mungkin hadir - tak dapat juga.
  • Zulkifli Noordin ~ jawab telefon kata mungkin datang tapi tak dapat juga.
  • Sis Zabrina ~ jawab telefon kata teringin nak hadir tapi dah ada program lain.
  • Syawal Yaacob ~ tak respon langsung!
  • GOMO ~ tak hadir tetapi telah memanjangkan jemputan saya itu kepada kenalan beliau - 2 orang dari Neutral Daily. Saya terima permintaan mereka untuk hadir setelah mereka menelefon saya dan meminta izin untuk bersama dimajlis dailog tersebut. Roslan SMS dan Dato' Dr Hassan Ali tidak tahu langsong tentang tamu 'bidan terjun' ini. Harap semua faham akan perkara ini. Terimakasih. *
  • Parpukari ~ tak jawab sms langsong dan tak hadir.
Mungkin jika kesekelian mereka yang saya jemput hadir, perang dunia ketiga blogosfera politik Malaysia akan tercetus gamaknya?

Ada hikmah tu!

Sekali yang sanggup datang Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sudah cukup untuk meletuskan debat kontroversi didunia blog politik tempatan terutamanya dikalangan mereka yang Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz perikan didalam tulisan beliau disini!

Gegak gempita jadinya bilamana pihak pihak ketiga yang sebenarnya tidak hadir membuat pelbagai macam andaian dan berperang mulut menyatakan itu dan ini tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dibincang dan dibualkan didalam majlis dailog itu?

Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu memegang amanahnya supaya tidak menghebahkan kepada umum akan isi kandungan beberapa perkara sulit yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu didalam pentadbiran kerajaan negeri untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah.

Beliau adalah satu satunya penghalang kepada cita cita pihak pihak begitu dan tujuan beliau mendedahkan kepada kami yang hadir malam itu hanyalah supaya pihak penulis blog seperti kami faham akan apa sebenarnya kedudukan suara Islam didalam kerajaan negeri dimana beliau memikul tanggungjawab memantau akan segala perkara itu.

Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!









Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti? Gempar kat Umah Hasaan Ali..."

Post a Comment

Close