Pilihanraya kecik di Parlimen Batu pulak? Updated!!!


Jangan pulak ada yang celupar mulut kata aku doakan Tian Chua mati ka apa. Sebenarnya dia tengah dibicara di mahkamah. Kalau dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman, dia mungkin hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Dia dituduh atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007, GIGIT ANGGOTA POLIS tu. Jangan main-main dengan mamat kurus ni, nampak ja kurus tapi gigit orang pun beranim. Bukan takat gigit orang biasa tapi gigit pegawai polis pulak tu.


Betui ka dak dia gigit aku taktau. Kalau betui pun mungkin dia tak sengaja, tergigit. Kawan tengah mengelepiaq nak pelepas diri,macam-macam boleh terjadi.

Ataupun mungkin jugak polis tu saja-saja letak tangan kat dalam mulut Tian Chua lepas tu dakwa kata dia kena gigit. Kalau betui ada polis Malaysia yang sampai buat macam tu pun aku percaya. Pasainya polis Malaysia ni bukan semua pandai-pandai, ada jugak yang bangang. Selain dari yang bangang lagi ramai yang jenis kaki songlap rasuah, janis makan rasuah ni bukan kira sangat, rasuah 2 ringgit pun ada yang sapu.

Berita lanjut disini....

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pilihanraya kecik di Parlimen Batu pulak? Updated!!!"

Post a Comment

Close