Percubaan mereka untuk memasuki pejabat Rodziah itu pada mulanya dihalang oleh pegawai beliau sehinggalah mendapat persetujuan dari Rodziah yang sedang bermesyuarat Exco.
Wartawan Siasah yang ke pejabat itu mendapati para pegawai SPRM itu keluar dari pejabat itu jam 3.50 petang.
Dua peguam Rodziah, Saleem Bashir dan Arif Azamy berada di pejabatnya ketika penggeladahan oleh SPRM itu.
"Ini baru peringkat awal siasatan. Tiada apa-apa caj lagi dikenakan, SPRM hanya mencari dokumen yang mereka mahu dan akan datang lagi," kata salah seorang dari mereka.
Namun kali ini tidak ada sebarang dokumen yang dibenarkan mereka ambil kerana notis yang diberikan terlalu pendek, kata peguam Rodziah itu.
Siasah difahamkan, tindakan SPRM ini ekoran laporan yang dibuat oleh Pengerusi Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak), Nazree Mohd Yunos pada 30 Julai lalu.
Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.
Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Mohd Nazree kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.
Sebelum ini, Pejabat MB Selangor diserbu SPRM ekoran laporan yang dibuat oleh Nazree berkaitan dengan lembu korban MB Selangor itu.
Sumber Berita Siasah
0 Response to "Pegawai SPRM serbu pejabat Rodziah - Teoh Beng Hock"
Post a Comment