BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.
1:30 petang: Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh laksana Nizar MB Perak yang sah
1:15 petang : Pegawai Kewangan Perak Jamalludin Al Amin dilantik jalankan tugas SUK Negeri ganti Abdul Rahman yang digantung serta-merta, kata MB Nizar
12.30 tengah hari : Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim
12.15 tengah hari : Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan BN untuk mengatasi kemelut 3 bulan. Tetapi PR mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.
11.30 pagi: Pakatan Rakyat (PR) memutuskan segera 10 perkara yang tertangguh pad hari pertama Datuk Seri Mohammad Ir. Nizar Jamaluddin kemblai sebagai MB Perak yang sah.
11.20 pagi: Sidang media diadakan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham di tingkat dua Bangunan SUK.
11.10 pagi:Sidang media belum dimulakan. Datuk Seri Mohammad Nizar belum pulang dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Wartawan masih menunggu di luar bangunan SUK, Ipoh.
11.00 pagi: Salah seorang Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, N. Sivanesan memasuki bangunan SUK.
10.50 pagi: Wartawan berkumpul di perkarangan bangunan SUK menanti sidang media oleh Datuk Seri Ir Mohammed Nizar Jamaluddin.
9.50 pagi: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.
9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.
9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.
8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.
7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.
7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.
7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.
7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.
7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.
7.00 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP - kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.
0 Response to "PERKEMBANGAN POLITIK PERAK SELEPAS NIZAR DISAHKAN SEBAGAI MB"
Post a Comment