Sah! Sudah Ada Pimpinan UMNO Sertai Pakatan ~ Malaysiakini

Lama tak online sibuk sikit, mencari rezeki untuk menghadapi ekonomi dunia yang tak keruan itu belum kira ekonomi Malaysia lagi yang di war-war kan pemimpin kerajaan yang tak akan ada gangguan.Yer lah masih mampu beli Helicopter yang harga berbillion-billion ringgit, Malaysia ni kaya tapi aku rakyat Malaysia yang tak kaya-kaya.disini nak kongsi sikit berita tetang kemenaggan bakal Perdana Menteri Baru malaysia..... tapi berita berikut boleh didapati media arus perdana tapi apa yang nak dikongsikan disini berita yang tak berapa nak disiarkan oleh media arus perdana.... baca petikan berita dari Pahang Daily Online


Sah! Sudah Ada Pimpinan UMNO Sertai Pakatan...

KEMAMAN: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan, sudah ada pemimpin Umno yang menyertai Pakatan Rakyat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana yang diuar-uarkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) sebelum ini. "Kita sedang tunggu perubahan ahli-ahli parlimen Umno dan Barisan Nasional yang lain, tidak mustahil ia (perubahan kerajaan peringkat pusat) akan berlaku, "walaupun sukar, tidak mustahil ia berlaku dengan perpecahan yang berlaku kepada Umno sekarang," kata beliau dalam sidang media yang diadakan selepas beliau merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-12 yang diadakan di Dewan Dato' Seri Amar DiRaja, Chukai, dekat sini semalam.

Ustaz Hadi berkata, perubahan kerajaan pernah berlaku dalam (keputusan pilihan raya) tahun 1990 ekoran perpecahan yang berlaku dalam Umno akhir tahun 1980-an dan telah berlaku perubahan (dalam pilihan raya) tahun 1999 kerana masalah yang sama berlaku dalam Umno. "Sebagaimana perubahan boleh berlaku pada akhir tahun 80an bila Tengku Razaleigh keluar dari Umno, dan berlaku lagi pada 1999 bila Anwar dipecat (dari Umno). "Dan boleh berlaku lagi dengan pergolakan (dalam Umno) yang berlaku sekarang, bahkan Musa Hitam berkata Umno sudah dihinggapi penyakit tua," tegas beliau yang masih yakin perubahan boleh berlaku dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mendedahkan siapakah pemimpin Umno yang telah menyertai Pakatan Rakyat, beliau menjawab "bila tiba masanya" beliau akan mendedahkannya. Dalam perkembangan yang sama beliau yakin PAS berupaya untuk kembali memerintah negeri Terengganu apabila berlaku perubahan dan undi sokongan orang Melayu kepada PAS meningkat sebanyak lima peratus. "Pertama kita perlu menyedari bahawa di negeri Terengganu keputusan pilihan raya seringkali bergantung kepada undi penentu dan undi penentu biasanya (adalah) undi atas pagar atau undi orang-orang yang tidak berparti. "Sebenarnya 40% lebih undi yang kita capai adalah undi PAS sama ada ahli atau penyokong, dan kita dapati PAS mempunyai pengaruh yang sangat kuat di Terengganu. "Barisan Nasional lebih bergantung kepada undi atas pagar atau pengundi hantu yang dibawa daripada luar yang dilakukan dengan politik wang dan penyusunan pengundi dengan kerjasama SPR dan pendaftaran Negara," kata beliau.

Dengan itu, katanya keadaan itu menunjukkan bahawa kekuatan Umno Terengganu bertongkat (bersandar) kepada cara-cara tersebut. Beliau berkata dalam pemilihan parti, Umno telah dipengaruhi dengan politik wang, apatah lagi dalam pilihan raya umum. "Kita boleh membuat perubahan dalam (pada) rakyat negeri Terengganu sendiri (dan) dengan sedikit perubahan itu (peningkat undi 5%) akan terlaksana apa yang disebut tadi, "Rakyat mesti sedar bahawa kalau pemilihan Umno, mereka dipengaruhi oleh politik wang, maka pilihan raya umum politik wang berlaku (dengan) lebih-lebih lagi," tambahnya.

[Dengan kenyataan Presiden PAS ini, diharap ianya akan menjadi satu penawar dan pengubat duka buat semua penyokong Pakatan Rakyat yang sudah mula "hilang kenyakinan" atas usaha perubahan kerajaan yang diwar-warkan selama ini itu. Kita juga pasti, dalam keadaan UMNO yang semakin berkecamuk dengan berbagai masalah sekarang ini maka sudah pasti harapan melihat perubahan itu bakal terlaksana bila-bila masa sahaja sekarang. Kepincangan yang berlaku dalam UMNO akibat pemilihan parti itu harus dijadikan batu loncatan ke arah perubahan yang didambakan oleh rakyat marhaen sejak sekian lama itu].

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sah! Sudah Ada Pimpinan UMNO Sertai Pakatan ~ Malaysiakini"

Post a Comment

Close